AMINO MASON KINI DI MALAYSIA, EKSKLUSIF DI GUARDIAN



Pernahkah anda terfikir untuk mencari cara menjaga dan mendandan rambut tanpa perlu mengunjungi salon profesional sepanjang masa? 

Ini boleh dilakukan sekarang dengan pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Amino Mason di Malaysia bersama Guardian Malaysia selaku rakan runcit eksklusif. Majlis pelancaran media telah diadakan di Eight Days Salon di Ikano Power Centre hari ini untuk memperkenalkan jenama Amino Mason kepada wakil media, tokoh media sosial utama dan tetamu jemputan. 

Produk Amino Mason yang berasal dari Jepun ini diiktiraf sebagai jenama penjagaan rambut paling laris di Jepun, UK & Amerika Syarikat. Meskipun pasaran telah dibanjiri oleh begitu banyak produk penjagaan rambut, Amino Mason disifatkan sebagai jenama penjagaan rambut semula jadi pertama yang diperbuat 100% daripada bahan botani, iaitu ekstrak buah-buahan dan herba serta diperkuat dengan 18 Jenis Asid Super Amino – kesemuanya penting untuk membersih, melembap, melindungi dan menguruskan kulit kepala dan menjaga kesihatan rambut. 


Menurut Joyce Lee, Pengarah Pemasaran Amino Mason Malaysia, rangkaian penjagaan rambut baharu ini sangat sesuai untuk rakyat Malaysia. “Disebabkan cuaca panas dan lembap di Malaysia, rambut cepat jadi kotor dan berminyak. Jadi, rambut perlu dicuci selalu dan penggunaan produk penjagaan yang betul dan berkesan sangat penting. Produk Amino Mason menjanjikan imbangan PH, menggunakan hanya bahan semula jadi seperti susu dan protein mutiara, sutera mentah, madu Manuka, minyak semula jadi daripada kekacang, yang bukan sahaja lembut dan melembapkan kulit kepala, tetapi juga tidak mengandungi paraben, silikon, sulfat atau sebarang pewarna sintetik dan surfaktan berasaskan petroleum,” jelas Joyce. 

Diperbuat daripada bahan asli dikenali sebagai “amino keratin”, rangkaian produk Amino Mason mengandungi asid amino, keratin dan platinum yang disediakan dalam ketekalan krim putar yang bertindak dengan menembusi hingga ke korteks atau lapisan ketiga kulit kulit kepala. Oleh sebab asid amino dan keratin dengan skala molekul yang dikurangkan ini dapat menembus jauh ke dalam rambut, kerosakan rambut dapat dibaiki secara lebih berkesan. 


Sebaik sahaja tahap asid amino dan keratin dipulihkan, platinum memainkan peranan sebagai penutup untuk mengedap permukaan dan mencegah pelepasan protein dan lembapan (punca kerosakan). Tahap kelembapan dan kederiaan sentuhan adalah benar-benar berlainan kerana khasiatnya melembapkan hingga ke hujung rambut untuk menjadikan rambut cantik berseri, manakala kolagen segar dengan keupayaan dan keserasian membendung lembapan menguruskan persekitaran kulit kepala dan menjadikan rambut lembap dan berkilat dari pangkal ke hujung. 

Ketekalan Krim Putar yang unik dicapai menerusi teknologi Nano, membolehkan berat molekul diturunkan dan memastikan tembusan hingga ke dalam kulit kepala. Surfaktan berasaskan asid amino botani dan bahan pembersih botani mengeluarkan buih seperti krim putar untuk melindungi rambut daripada geseran yang berlaku semasa disyampu sambil membersih kotoran dan minyak dengan lembut. Dengan demikian, kulit kepala bersih dan terhidrat dengan sewajarnya. 


Di majlis pelancaran media pada hari ini, dua Rangkaian Penjagaan Rambut Amino Mason yang meliputi 8 jenis produk berlainan telah diperkenalkan. 

The Moist Hair Care Series dengan jambangan Mawar Putih membawakan syampu, serum rawatan, pupur, minyak rambut dan krim malam diperbuat daripada susu seduhan esen kecantikan daripada madu Manuka, minyak mangga, minyak badam & minyak argan,dan adunan avokado & cherimoya. Siri ini disyorkan untuk rambut kering hingga normal. 

The Smooth Hair Care Series dengan jambangan Mawar Peony membawakan syampu, serum rawatan, pupur dan air rambut diperbuat daripada susu seduhan esen kecantikan daripada madu Mawar, Aprikot, Buah Delima, Rosemary & Lavender dan adunan buah-buahan botani seperti lemon & raspberi. Siri ini disyorkan untuk rambut normal hingga berminyak. 

Joyce juga mengesyorkan pengambilan lebih banyak makanan mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak poli tak tepu. Semua nutrien ini penting untuk memastikan kita dapat mengekalkan kesihatan kulit kepala dan folikel yang menjadikan rambut sihat dan cantik berseri. 




Rangkaian penuh produk Amino Mason kini boleh didapati secara eksklusif di semua gedung Guardian di Malaysia Barat & Malaysia Timur. Untuk maklumat lanjut tentang Rangkaian Penjagaan Rambut Amino Mason, sila kunjungi laman https:// www.aminomason.com; www.fb.com/aminomasonmalaysia & IG : aminomasonmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING