FILEM-FILEM WAJIB TONTON BULAN MEI INI



Musim filem paling hebat telah tiba! Bulan Mei bakal menyaksikan kemasukan filem-filem "summer blockbusters" berbajet besar yang dibintangi pelakon-pelakon senarai A dari Hollywood. Tapi jangan pula berpaling dari filem-filem Asia yang tidak kurang hebatnya! Anda sudah bersedia dengan popcorn?



Brightburn
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Seram / Superhero
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Elizabeth Banks, David Denman, Jackson A. Dunn, Matt Jones
Pengarah: David Yarovesky

Sepasang suami isteri terjumpa bayi dengan kuasa misteri yang terhempas dari angkasa lepas dan mengambilnya sebagai anak angkat. Mereka cuba membesarkannya untuk menggunakan kuasanya bagi tujuan kebaikan, tetapi lain dia berubah sebaliknya. Macam latih anak untuk jadi Superman tapi membesar jadi Bizarro.



Pokémon Detective Pikachu
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Pengembaraan
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Ryan Reynolds, Justice Smith, Kathryn Newton, Ken Watanabe, Omar Chaparro, Suki Waterhouse
Pengarah: Rob Letterman

Detektif Harry Goodman telah hilang secara misteri. Tim, anak lelakinya, pergi mencarinya dengan bantuan bekas rakan Pokémon Harry, Detektif Pikachu tetapi masalahnya Pikachu pula hilang ingatan. Wajib ditonton peminat anime dan permainan Pokémon Go.



The Hustle
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Komedi
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Rebel Wilson, Anne Hathaway, Alex Sharp, Ingrid Oliver
Pengarah: Chris Addison

Remake filem komedi "Dirty Rotten Scoundrels" tahun 1988 ini dibintangi oleh Rebel Wilson dan Anne Hathaway. 
sebagai artis penipuan wanita, yang bekerjasama untuk menjatuhkan maruah lelaki yang pernah lakukan kesalahan terhadap mereka.



Touken Ranbu
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Aksi / Fantasi
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Hiroki Suzuki, Yoshihiko Aramaki, Ryo Kitamura, Masanari Wada, Hiroaki Iwanaga
Pengarah: Saiji Yakumo

Diadaptasi dari siri permainan video, ia berkisarkan mengenai lapan pahlawan yang cuba melindungi sejarah. Melihat Nobunaga Oda masih hidup selepas insiden Honno-ji pada 1582, mereka pergi ke masa lampau untuk membunuhnya.



John Wick: Chapter 3 - Parabellum
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2019
Genre: Aksi / Jenayah
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Keanu Reeves, Halle Berry, Ian McShane
Pengarah: Chad Stahelski

John Wick kini dalam pelarian kerana dia telah melanggar peraturan dengan membunuh dalam kawasan Continental Hotel. Kontrak bernilai USD14 juta untuk nyawanya telah menyebabkan dia kini menjadi sasaran pembunuh upahan hebat di seluruh dunia. Darah bakal bersepah dan mayat bertimbunan.



Aladdin
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2019
Genre: Pengembaraan / Muzikal
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Will Smith, Mena Massoud, Naomi Scott, Marwan Kenzari, Navid Negahban, Nasim Pedrad
Pengarah: Guy Ritchie

Filem 'live action' ini diangkat dari filem animasi dengan judul sama pada tahun 1992 pengembaraan Aladdin yang menemui lampu ajaib berdasarkan buku Hikayat Seribu Satu Malam. Kita tunggu Genie biru nyanyi rap.



The Gangster, The Cop, The Devil
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2019
Genre: Jenayah
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Ma Dong-Seok, Kim Mu-Yeol, Kim Sung-Kyu
Pengarah: Lee Won-Tae

Jang Dong Soo adalah seorang bos geng di Cheonan yang menjadi sasaran pembunuh bersiri bernama Kang Kyung Ho. Walau bagaimanapun, Dong Soo bernasib baik kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat dari serangan Kyung Ho. Dong Soo terpaksa bekerjasama dengan Detektif Jung Tae Seok untuk menangkap pembunuh bersiri tersebut.



Godzilla: King Of The Monsters
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Kyle Chandler, Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Bradley Whitford, Sally Hawkins, Charles Dance
Pengarah: Michael Dougherty

Anggota daripada agensi Monarch terpaksa berdepan dengan spesis luar biasa purba yang mereka sangka hanyalah sekadar mitos, termasuklah Godzilla, yang bakal bertarung dengan raksasa gergasi Mothra, Rodan serta musuh paling kuat, King Ghidorah. Bumi bakal bergegar!



The Secret Life Of Pets 2
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2019
Genre: Animasi / Komedi
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Patton Oswalt, Eric Stonestreet, Kevin Hart, Jenny Slate, Ellie Kemper, Lake Bell
Pengarah: Chris Renaud

Filem animasi ini adalah kesinambungan daripada "The Secret Life Of Pets", yang mana ia berkisarkan tentang pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di bandar New York.




Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA