LOST WORLD OF TAMBUN RAIKAN MALAYSIA DALAM SAMBUTAN RAYA



Sempena Hari Raya dan cuti sekolah, Sunway Lost World Of Tambun bakal menganjurkan sambutan bertemakan Malaysia. Sambutan Malaysia First Lah sedang berlangsung sekarang sehingga 9 Jun 2019, mengalu-alukan pengunjung untuk merasai sendiri keunikan budaya, tradisi dan seni Melayu, yang juga menjadi sebahagian daripada elemen perpaduan di Malaysia.

Antara aktiviti menarik yang menanti anda adalah permainan tradisi Melayu seperti papan congkak bersaiz gergasi, Teng Teng dan Ular & Tangga. Sesi bertemu dan bermesra bersama puak Humalaya Malayana juga akan diadakan dan Awesome Raya Pool Party turut akan memeriahkan lagi suasana di Hari Raya Aidilfitri.


Turut dilancarkan pada majlis pelancaran sambutan raya dan cuti sekolah di Lost World Of Tambun adalah program pemuliharaan Kuang Raya, satu program yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dirasikan oleh Dato’ Abdul Kadir Bin Abu Hashim, Pengarah PERHILITAN.

Untuk maklumat lanjut tentang Malaysia First Lah, sila hubungi talian +605 542 8888, layari www.sunwaylostworldoftambun.com/ atau ikuti laman Facebook rasmi di www.facebook.com/lostworldoftambun.

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

FOR THE REASONS THAT MATTER: KEMPEN SERANTAU PERTAMA PERTINGKAT KESEDARAN KESIHATAN RESPIRATORI DEWASA

VITAHEALTH DIAKUI PENERAJU PRODUK KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

BAKAL TIBA PADA 19 MEI DI MALAYSIA: SIRI HUAWEI WATCH FIT 5 BAHARU, WATCH ULTIMATE DESIGN EDISI SPRING, DAN FREECLIP 2 DALAM WARNA BERRY PURPLE