NASHATA LANCAR PLATFORM KOMUNITI WANITA AKTIF



Nashata, jenama pakaia sukan wanita muslimah kini melancarkan Nashata Aktif, sebuah platform wanita yang merangkumi aktiviti, kandungan dan komuniti untuk mengecapi gaya hidup aktif dan sihat. Nashata Aktif telah di lancarkan di Malaysia dan Singapuran melalui laman media sosial. 

Aspirasi platform ini adalah untuk memperkasakan wanita untuk mempunyai gaya hidup yang aktif dan sihat dan kekal cantik. Nashata Aktif menawarkan platform bagi wanita untuk menyertai aktiviti, akses kepada pengetahuan dan bersosial bersama komuniti yang mempunyai minat yang sama. 

Buat masa ini Nashata Aktif ditawarkan di laman Nashata.com dan media sosial. Ia digunakan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan tips yang boleh memberi pengetahuan kepada semua. Perkongsian ini masih dibina dan akan dibangunkan secara berperingkat dengan kandungan dan aktiviti yang sesuai untuk seluruh wanita. 


Nashata Aktif dilancarkan di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia ianya diketuai oleh Intan Suraya dan di Singapura oleh Mudzalifah Anuar. Nura Arabi, duta Nashata di Timur Tengah yang berasal dari Palestin juga berkongsi tips bersukan melalui media sosial. 

Intan Suraya, 45 tahun adalah seorang pelari veteran marathon dan ultra yang berjarak melebihi 50 km lebih daripada 20 kali. Beliau pernah bertarung untuk menurunkan berat badan pada tahun 2005. 

“Pengalaman saya untuk kekal aktif dan beryakinan tinggi terletak kepada usaha dan juga dengan menyertai pelbagai jenis aktiviti. Ianya membuatkan saya rasa positif dan gembira. Dengan cara ini mood saya sentiasa hebat”, jelas Intan Suraya yang kini menerajui Nashata Aktif. Beliau telah banyak mempengaruhi dan menolong ramai pelari wanita untuk larian jarak jauh. 


Terdapat banyak cabaran untuk sentiasa aktif bagi seorang wanita. Ianya berkait rapat dengan kehidupan seorang wanita, tidak kira yang berkerjaya, belajar atau suri rumah. Antara contoh pengetahuan dan isu yang dikongsi di Nashata Aktif adalah penggunaan bra sukan yang betul, penyertaan aktiviti sukan semasa haid dan hamil dan pengurusan masa untuk bersukan. 

Nashata secara tidak rasmi telah lama menyokong pelbagai aktiviti sukan untuk wanita. Ianya bermula dengan acara tahunan larian untuk wanita - WOW RUN yang diadakan di Singapura semenjak 2014. Pada tahun ini, melalui Nashata Aktif, Nashata akan menaja WOW Run yang akan diadakan di Pulau Conney, Singapura pada 29 September 2019. 

Di Malaysia pula, Nashata telah menganjur beberapa klinik larian untuk wanita secara percuma semenjak 2018. Pada bulan Mei tahun ini, Nashata menganjur Ekpedisi Kemensah sejauh 12 km untuk wanita pada Hari Pekerja dan Dakian Bukit Broga pada 4 Mei 2019 secara percuma. 

Aktiviti yang dianjurkan oleh Nashata Aktif merangkumi pelbagai bidang sama ada dalaman dan luaran seperti klinik larian, spartan, mendaki, renang, zumba, tabata dan banyak lagi. Selain daripada aktiviti sukan dan riadah, platform ini juga berkongsi hobi seperti kelas memasak, solekan, penjagaan kulit, kesihatan wanita dan sebagainya. 

Aplikasi Nashata Aktif akan dilancarkan kelak pada Julai 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari 
Instagram : @nashata_active 


Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI