SEA LIFE, JENAMA AQUARIUM TERBESAR DI DUNIA KINI DI MALAYSIA
LEGOLAND® Malaysia Resort hari ini meraikan operasi minggu kedua SEA LIFE Malaysia, akuarium bertema LEGO® interaktif pertama di negara ini yang terdiri daripada 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dari 11 zon habitat yang berlainan. Akuarium dua tingkat yang sangat ditunggu-tunggu ini adalah tarikan terbaru di resort ini.
LEGOLAND® Malaysia Resort telah menarik penduduk tempatan dan pelancong luar dari Singapura, Indonesia, Thailand, Australia dan China. Selaras dengan ini, pembukaan SEA LIFE Malaysia dijangka memberi peningkatan tambahan dalam memacu pelancongan di Johor, seterusnya menyokong cita-cita negeri menjadi destinasi pelancongan serantau bernilai tinggi menjelang 2023.
Di antara kehidupan marin yang kini ditempatkan di 25 tangki ialah Stingray, Jerung Zebra, Black Tip Reef Shark, Seahorse, dan banyak lagi. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi bercerita, paparan interaktif dan touch pool di zon Rok Pool, zon habitat khas yang menempatkan hutan hujan Malaysia dan Stingray Bay dan Ocean Tank, tangki terbesar yang diisi dengan 400,000 liter air.
Merangkumi 6 meter panjang dan lebih dari 2 meter lebar, Ocean Tank menampilkan pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif yang memperkenalkan kehidupan dan pemuliharaan laut. Di samping itu, para tetamu boleh melihat LEGO® Mini-Figures dan makhluk-makhluk laut LEGO® yang lain.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti LEGOLAND® Malaysia Resort, layari Facebook dan Instagram.
Comments
Post a Comment