SEMPURNAKAN DEKOR RAYA ANDA DENGAN 3M™ COMMAND™ BRAND



Musim sambutan Raya Aidilfitri bakal membuka tirai tidak lama lagi. Bersedia untuk mengamati kemeriahan rumah-rumah terbuka yang hadir dengan juadah istimewa berupa rendang dan ketupat, selain berpeluang untuk melihat pemakaian baju-baju tradisional dengan sulaman yang menawan, dan meluangkan masa bersama keluarga serta rakan taulan.

Bagi menyambut musim perayaan dan kebersamaan ini, ramai keluarga juga akan mengambil peluang ini untuk menghiasi kediaman masing-masing. Anda boleh menetapkan mood yang sesuai bagi rumah terbuka Raya anda dengan kolaj dinding foto DIY yang dapat menggamit kenangan anda serta para tetamu. Kumpulkan gambar daripada sesi percutian keluarga ataupun majlis graduasi anda yang bermakna, dan buat gubahan mengikut kreativiti anda.

Untuk membantu anda menghasilkan kolaj dinding foto yang sempurna, Command™ Picture Hanging Strips oleh 3M akan menganjurkan sebuah acara kreatif dan serba interaktif pada 1 Mei - 12 Mei 2019 di IOI City Mall, Ruang Dataran Aras LG, Putrajaya. Pelajari cara untuk menyerlahkan bakat anda dengan petua-petua yang mudah menggunakan Command™ Picture Hanging Strips yang boleh membantu anda mendirikan galeri peribadi tanpa menebuk lubang, merosakkan dan meninggalkan kesan pada dinding kediaman anda.

Selebriti Malaysia, Diana Rafar juga akan menyertai acara jerayawara ini pada 11 Mei 2019 dari jam 2 petang hingga 3 petang, dan akan memberikan perkongsian mengenai trend dekor Raya yang terkini. Hadir dengan tawaran menarik dan aktiviti yang menyeronokkan, peserta acara ini yang berbelanja lebih daripada RM30 akan memperoleh pek sampel Command™ Picture Hanging Strip yang bernilai RM9 secara percuma berserta dengan cetakan foto segera daripada kios foto yang disediakan untuk melengkapi dinding foto Raya mereka.

Para pengunjung jerayawara ini turut boleh melihat keseluruhan rangkaian produk Command™ yang ditawarkan pada harga diskaun. Jadi, bawa keluarga anda dan kunjungi IOI City Mall, Putrajaya dari 1 Mei - 12 Mei 2019!

Rangkaian produk Command™ juga boleh didapati di AEON, Aeon Big, ACE Hardware, HomePro, Jaya Grocer, Parkson Popular Bookstore, Tesco, Village Grocer, Shopee dan Lazada.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM