BASKIN ROBBINS X TOM ABANG SAUFI “BUNGKUS OF HAPPINESS”
Perhatian buat pencinta manisan!!! Baskin Robbins membawakan sesuatu yang istimewa sempena musim perayaan ini - satu kolaborasi dengan pereka tempatan yang tersohor - Dato Tom Abang Saufi, jenama TAS!
Promosi edisi terhad “Bungkus of
Happiness” menampilkan tiga kain pembungkus Baskin Robbins rekaan TAS yang menggabungkan elemen moden dengan yang klasik.
Dato’ Tom Abang Saufi adalah antara pereka fesyen utama di Malaysia, terkenal dengan usahanya dalam mempromosikan batik tempatan. Koleksi TAS sinonim dengan corak berona terang yang menggabungkan fesyen moden dengan elemen tradisi secara kreatif.
Kain pembungkus ini diperbuat daripada fabrik campuran sutera berkualiti tinggi. Sesuai dijadikan hadiah dan boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuk sebagai tudung, selendang dan sebagainya.
“Bungkus of Happiness”
Kain pembungkus “Bungkus of Happiness” direka khas oleh Dato’ Tom Abang
Saufi sempena Hari Raya. Kain yang bercorak terang ini menggabungkan tradisi Melayu dengan budaya Baskin Robbins.
Ketupat adalah salah satu hidangan wajib di Hari Raya. Dato’ Tom menggunakan pelbagai rona untuk mewarnai corak anyaman daun kelapa. Waffle dan aiskrim berpisah tiada. Dato’ Tom menampilkan warna signatur Baskin Robbins untuk nenaikkan lagi keceriaan kain pembungkus manakala rekaan yang ktiga menampilkan motif aiskrim yang tampak manis.
“Bungkus of Happiness” mengandungi 8 regular scoops, 10 junior scoops
atau 4 pint aiskrim kegemaran anda, dipek bersama kain pembungkus Baskin Robbins X TAS.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pek ceria anda!
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.facebook.com/MYBaskinRobbins/
Comments
Post a Comment