DISTRICT RACE ANJURAN AIA VITALITY KINI DI MALAYSIA



District Race, perlumbaan eksplorasi bandar yang terhebat di dunia, anjuran AIA Vitality buat julung kalinya diperkenalkanMalaysia pada hari ini. Pertama kali dilancarkan di Singapura pada 2018, District merupakan platform perintis yang menggunakan teknologi untuk menggalakkan orang ramai untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif dengan menawarkan pengalaman yang menyeronokkan apabila mereka melakukan aktiviti eksplorasi bandar melalui aplikasi District Race.

Ben Pember, Ketua Pegawai Eksekutif District Technologies berkata: "Setelah berjaya mencatat kejayaan dalam penganjuran District Race di Hong Kong dan Singapura, kami amat teruja untuk memperkenalkan District Race di Malaysia pula. Dengan menawarkan sebuah pengalaman baharu dalam aktiviti eksplorasi bandar kepada rakyat Malaysia, kami berharap dapat menggalakkan gaya hidup aktif dan pada masa yang sama menyemai rasa penghargaan yang lebih mendalam terhadap bandar mereka sendiri. District Race direka bersesuaian bagi setiap individu dan kami percaya District Race merupakan permulaan yang baik dalam menyuntik motivasi orang ramai untuk meneroka semula keindahan serta keunikan bandar mereka.” 

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia juga berpendapat: "Mengekalkan rejim senaman yang tetap dan mengamalkan gaya hidup aktif sememangnya satu cabaran buat generasi masa kini. Komitmen terhadap kerjaya dan keluarga, di samping tempoh perjalanan yang lama sering menjadi halangan untuk kita mengekalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, AIA berbesar hati membawa District Race ke Malaysia buat pertama kalinya. Kami berharap acara ini dapat menjadi sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia mengeksplorasi bandar mereka dengan cara baharu bersama keluarga serta rakan-rakan. Kami sentiasa mencari idea baharu dan inovatif untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Kami percaya District mampu menjanjikan sebuah pengalaman baharu yang hebat untuk semua."

Aplikasi Eksplorasi Terhebat di Dunia 

Aplikasi District Race adalah sebuah platform yang menggunakan teknologi berteraskan permainan untuk memberi pengalaman mengagumkan kepada pengguna dalam usaha menyuntik nafas baharu terhadap aktiviti larian dan eksplorasi bandar. Dengan menggabungkan kecanggihan teknologi berasaskan pengesanan lokasi dan augmentasi realiti (AR), aplikasi District Race membawa pengguna menjelajah bandar mereka dalam sebuah perlumbaan yang menakjubkan.

Peserta boleh menggunakan aplikasi District Race sebagai panduan dalam menjelajah bandar dan mengumpul sebanyak mungkin mata dengan melepasi beberapa stesen hentian maya serta cabaran. Tiada laluan dan jarak tertentu yang ditetapkan, oleh itu peserta bebas mengatur strategi dan menjelajah bandar dengan cara mereka tersendiri .

Baik generasi muda yang mencari peluang untuk meneroka semula bandar mereka atau barisan pelari elit yang ingin menakluk cabaran baharu mahupun golongan berkeluarga yang mencari pengalaman sihat, menyeronokkan dan dpada masa yang sama mendidik, District Race direka untuk memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat semua. 


Aktiviti pra-acara untuk menghangatkan acara utama

Acara perlumbaan utama akan diadakan pada 3 November 2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan tiket berharga antara RM60 hingga RM130, termasuk harga tiket bagi fasa Early Bird dan Regular. Sebelum acara kemuncak di Kuala Lumpur, perlumbaan juga akan diadakan secara berperingkat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru. Terdapat beberapa stesen hentian maya yang dikenali sebagai ‘grids’ di lokasi-lokasi tersebut untuk memberi peluang kepada semua orang merasai pengalaman menyertai District Race secara percuma sebelum acara utama berlangsung. Grids akan mula dipaparkan bermula 21 Jun hingga 20 Oktober dan peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka melakukan eksplorasi bandar.

Bukan itu sahaja, satu siri acara komuniti yang dikenali sebagai #ExploreEvents juga akan diadakan di empat buah bandar utama tersebut. Acara ini memperlihatkan setiap daerah maya mempunyai tema tersendiri dan menawarkan cabaran berbeza yang memfokuskan pada mercu tanda, budaya dan warisan setiap bandar.

Mula menjelajah dengan aplikasi District Race sambil nikmati ganjaran

District Race akan melancarkan Ultimate Explorer Challenge (Cabaran Penjelajah Terunggul) di Malaysia untuk menggalakkan orang ramai menjelajah dan meningkatkan tahap kecergasan mereka. Peserta yang berjaya mengumpul mata tertinggi dengan melengkapkan grids District di Malaysia dari 17 Jun hingga 2 November 2019 akan diberi ganjaran iaitu sebuah trip mengelilingi dunia yang memberi peluang kepada mereka mencuba grids District di lebih dari 15 buah bandar di seluruh dunia.[1] Ganjaran ini sejajar dengan misi untuk membolehkan semua orang pergi lebih jauh, melakukan lebih banyak perkara dan menjelajah. Pemenang cabaran ini akan diumumkan pada hari acara perlumbaan utama pada 3 November.

Di samping itu, peserta yang memuat turun aplikasi District dan melengkap penjelajahan di sekurang-kurangnya lima grid antara 17 Jun dan 31 Julai akan menerima tiket percuma untuk menyertai District Race Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 3 November.



Perlumbaan explorasi bandar terhebat di dunia

Peserta boleh memilih untuk menyertai antara dua kategori iaitu Discovery atau Open pada hari perlumbaan utama, sebagai individu atau dalam pasukan berempat. Kedua-dua kategori ini berbeza daripada segi tahap kesukaran dan jumlah stesen hentian. 

Kategori Open adalah kategori klasik yang sesuai buat mereka yang ingin menjelajah tempat-tempat baharu di sekitar bandar dan bersaing dalam cabaran baharu, dengan lebih daripada 100 stesen hentian serta cabaran untuk diselesaikan dalam tempoh masa dua jam. 

Kategori Discovery pula menawarkan grid yang sesuai untuk seisi keluarga dan disyorkan buat mereka yang baharu sahaja ingin melakukan aktiviti seumpama ini. Grid di kategori ini adalah lebih kecil dan masa yang diambil untuk menyelesaikan misi adalah kurang satu jam daripada kategori Open, dengan lebih daripada 50 stesen hentian serta cabaran yang terletak di sekitar lokasi utama.

Setiap kategori mempunyai tiga jenis cabaran yang perlu diselesaikan iaitu Scan Challenge, Discovery Challenge dan Time Trial Challenge. Setiap cabaran akan menguji skil peserta seperti daripada segi kepantasan, pengetahuan mengenai bandar, ketangkasan dan penyelesaian masalah. Untuk menyelesaikan semua cabaran tersebut, peserta perlu mengatur strategi dan merancang laluan mereka sendiri serta memilih stesen hentian yang dapat memaksimumkan jumlah mata mereka.

Peserta boleh memantau prestasi semasa mereka di carta pemarkahan yang dipaparkan secara langsung di aplikasi District Race. Langkah ini bertujuan mewujudkan persaingan yang sihat dan menaikkan semangat peserta untuk terus berusaha sehingga ke stesen hentian terakhir.

Pembelian tiket District Race Kuala Lumpur boleh dilakukan di www.exploredistrict.com/en/events/kuala-lumpur

Aplikasi District Race kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Layari laman web District Race Malaysia untuk maklumat lanjut dan ikuti District Race Malaysia di media sosial untuk informasi terkini.

Laman web: www.exploredistrict.com/en/events/kuala-lumpur
Facebook: www.facebook.com/DistrictRaceMY
Instagram: www.instagram/exploredistrictMY
#weareallexplorers #districtraceMY #AIAVitalityMY




[1] Tertakluk pada terma dan syarat. Peserta harus menyelesaikan minimum 100 sesi dan perlu mengumpul minimum 5000 mata untuk setiap sesi.


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA