ERL DAN KL HOP-ON HOP-OFF LANCAR PAKEJ “DISCOVER KL”



Meluangkan sehari atau dua di negara baharu sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. Namun, sekiranya anda kesuntukan masa, pakej ‘Discover Kuala Lumpur’ mungkin adalah cara yang terbaik bagi anda menikmati pengalaman di ibu negara Malaysia. 

Pakej ini adalah kolaborasi antara Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) dan KL Hop-On Hop-Off. Ia termasuk Tiket Pergi Balik KLIA Ekspres dan satu perjalanan pergi balik menaiki bas KL Hop-On Hop-Off. Dengan tambang berharga RM65 bagi kanak-kanak berumur antara dua dan 12 belas tahun dan RM140 bagi dewasa, ia merupakan cara yang paling pantas untuk penumpang yang transit sekurang-kurangnya lapan jam masa menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA 2) untuk menikmati keindahan bandar raya. Pakej ini juga amat sesuai bagi pelancong yang melawat Kuala Lumpur buat pertama kali untuk menikmati pakej lawatan bandar raya yang fleksible serta mengikut rentak dan masa mereka. 

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mohamaddin Ketapi melancarkan ‘Discover Kuala Lumpur’ hari ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, “KLIA Ekspres sentiasa mencari jalan untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami menerusi pelbagai inisiatif, dan ‘Discover Kuala Lumpur’ adalah salah satu daripada tawaran kami yang pelbagai yang telah dirancang bagi 2019. Kami yakin bahawa menerusi inisiatif ‘Discover Kuala Lumpur’, lebih ramai pelancong akan berpeluang untuk menjelajahi bandaraya Kuala Lumpur yang indah dalam hanya masa yang singkat.” 

Ketua Pegawai Eksekutif Elang Wah Sdn. Bhd., Tuan Syed Azhar Syed Nadzir berkata, “Era pasca globalisasi yang mendesak dan memerlukan pemikiran yang teliti telah menyumbang kepada perubahan drastik dalam sistem pengangkutan awam. Dalam era yang serba canggih ini, sistem pengangkutan moden semakin memberikan kesan terhadap kehidupan orang ramai. Oleh itu, kewujudan KL Hop-On Hop-Off di Kuala Lumpur adalah bagi memudahkan perjalanan industri pelancongan. Hal ini selari dengan objektif Tahun Melawat Malaysia 2020 

(VMY2020). Kami sentiasa menawarkan pakej dan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelancong. Melalui kolaborasi ini, kami yakin untuk mengubah masa depan industri pelancongan.” 

Inisiatif ‘Discover Kuala Lumpur’ turut disokong oleh Malaysia Airports dalam usaha mereka mempromosikan pelancongan ‘inbound’ dan pengangkutan sambungan mudah ke bandar raya. Dengan menawarkan pakej ini, penumpang mereka yang transit mempunyai pilihan tambahan untuk membuat lawatan pantas ke bandar raya. Harapannya adalah untuk menawan hati penumpang agar menjadikan Malaysia destinasi percutian mereka yang seterusnya. 

Bergantung kepada masa yang terluang sebelum penerbangan berikutnya, kefleksibelan ‘Discover Kuala Lumpur’ memberi peluang kepada pelancong untuk turun dari bas dan menikmati juadah tempatan yang popular, melawat mercu tanda bersejarah dan terkenal di sekitar bandar raya atau hanya untuk membeli cenderahati. 

Lawatan ini, yang akan diadakan dalam Bahasa Inggeris, akan berulang alik menelusuri dua laluan – ‘Garden Route’ dan ‘City Route’ - yang akan mengambil masa selama 2 jam setiap laluan, bergantung kepada keadaan trafik. Ia beroperasi mengikut pendekatan ‘hop-on, hop-off’, membenarkan pelancong turun dari bas di mana-mana sahaja hentian yang mereka mahu dalam jangka masa 24 jam daripada waktu mereka menebus baucer. 

Garden Route (Laluan Taman) 

Apabila tiba dari lapangan terbang menaiki KLIA Ekspres, pelancong boleh menaiki bas KL Hop-On Hop-Off di hentian nombor 16 di luar pintu masuk utama Stesyen KL Sentral. ‘Garden Route’ membawa pelancong ke 15 lokasi yang bermula di Muzium Negara. Laluan ini meliputi Taman Botani Perdana dan Taman Burung KL serta tapak bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Kampung Baru (perkampungan Melayu tertua di Kuala Lumpur), sebelum berpatah semula ke KL Sentral. 

Sekiranya pelancong ingin meneruskan lawatan mereka untuk melihat sisi lain Kuala Lumpur, mereka boleh mengambil ‘City Route’ di Stesyen Pertukaran Bukit Bintang (hentian nombor 01). Walau bagaimanapun, ‘City Route’ disyorkan kepada pelancong yang bertransit lebih daripada 10 jam. 

City Route (Laluan Bandaraya) 

Selain daripada Bukit Bintang, ‘City Route’ membawa pelancong ke 11 lagi tempat menarik utama bandar termasuk menara berkembar tertinggi dunia - Menara Berkembar Petronas dan salah satu daripada lokasi taman hutan terbesar dan tertua buatan manusia - Menara Kuala Lumpur. Sekiranya masa mengizinkan, pelancong boleh membeli belah di Chinatown yang dikenali sebagai ‘Petaling Street’ dalam kalangan masyarakat tempatan, dan Bukit Bintang - yang terkenal sebagai syurga membeli belah pelancong daripada pelbagai lapisan masyarakat - dengan berbagai-bagai pilihan cenderahati daripada jenama terkemuka sehinggalah yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan. 

Noormah menambah bahawa lawatan ini akan melengkapi usaha mencapai sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk menarik 30 juta pelancong antarabangsa. Baru-baru ini YB 

Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan bahawa Pelancongan Malaysia sedang mempertingkatkan promosi bagi kempen mercu tanda dalam usaha membawa masuk lebih kurang RM100 bilion resit pelancong ke negara. 


Pakej ‘Discover Kuala Lumpur’ boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi KLIA Ekspres, serta kios layan diri di KLIA, KLIA2 dan KL Sentral. 

Pada kebiasaannya, bas KL Hop-On Hop-Off beroperasi antara pukul 9 pagi dan 6 petang setiap hari, dengan melepasi poin ambil penumpang bagi lawatan terakhir pada pukul 5 petang. 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO