FESTIVAL DURIAN GENTING 2019 @ RESORTS WORLD GENTING



Acara tahunan yang meraikan Raja Buah - Festival Durian Genting kembali lagi di Boulevard, Tempat Letak Kereta Luar Genting Grand mulai 25 Mei sehingga 16 September 2019. Festival yang ditunggu-tunggu oleh penggemar durian menampilkan tiga pembekal durian yang terkenal di Malaysia iaitu  Durian Republic dari Pulau Pinang, Weng Fatt Orchard Trading dari Raub, Pahang dan May Jie Gohtong Trading dari Gohtong Jaya.

Festival Durian Genting bakal dianjurkan di Boulevard, Genting Grand Outdoor Carpark

Penggemar durian pastinya akan teruja untuk mencuba durian-durian premium seperti XO, Tekka, D24, Musang King, Udang Merah dan Black Thorn. Turut dijual adalah manisan berasaskan durian seperti aiskrim, cendol serta buah-buahan bermusim seperti manggis dan rambutan.

Lebih 50,000 kilogram durian akan dibekalkan ke acara yang berlangsung selama 4 bulan ini

Pembekal Durian Republic memperkenalkan durian Black Thorn

Pelbagai jenis durian boleh didapati di Festival Durian Genting

Durian Musang King yang menjadi kegemaran ramai boleh didapati di festival ini.

Durian Republic - Pembekal durian dari Sungai Bakap, Pulau Pinang yang terkenal dengan durian jenis Black Thorn dan Udang Merah. 

Pembekal Durian Weng Fatt yang terkenal dengan Musang King dan D24. 

Pembekal durian May Jie dari Gohtong Jaya membawakan durian jenis XO, Tekka dan D24.

Produk berasaskan durian yang boleh dibeli di Festival Durian Genting 2019.

Festival Durian kali ini juga menampilkan Fatimah Product Enterprise dari Melaka yang terkenal di seluruh dunia dengan Kelapa Lambung dari Jalan Jonker, Melaka. Saksikan aksi penjual "melambungkan" kelapa muda sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Gerai Kelapa Lambung menghidangkan kelapa pandan segar, coconut shake dan minuman signatur - Kelapa Lambung 

Persembahan Kelapa Lambung yang unik


Muzik live menghiburkan para pengunjung festival  

Festival Durian Genting bakal dianjurkan di Boulevard, Genting Grand Outdoor Carpark setiap hari mulai 12 tengahari sehingga 10 malam. Harga durian adalah bergantung kepada cuaca dan permintaan .

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.rwgenting.com/ atau hubungi talian +603-27181118.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!