FILEM-FILEM WAJIB TONTON BULAN JUN INI



Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Jom kita usha filem-filem yang bakal ditayangkan di bulan perayaan ini.



Chasing The Dragon II : Wild Wild Bunch
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2019
Genre: Aksi / Jenayah
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Tony Leung Ka-Fai, Louis Koo, Gordon Lam, Simon Yam
Pengarah: Jason Kwan, Wong Jing

Penculik bersiri Logan dan kumpulannya menculik anak lelaki seorang jutawan Hong Kong dan meminta wang tebusan sebanyak 2 juta dolar. Ini adalah salah satu jenayah bersiri yang dilakukan ke atas golongan elit Hong Kong pada tahun 90-an. Tanpa diketahui seorang ejen rahsia telah menyeludup ke dalam kumpulan mereka.


X-Men: Dark Phoenix
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2019
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Sophie Turner, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Jessica Chastain, Evan Peters
Pengarah: Simon Kinberg

Filem terakhir XCU (X-Men Cinematic Universe) selepas 19 tahun. Ketika misi menyelamat di angkasa lepas, Jean-Grey hampir mati apabila di dihentam oleh kuasa kosmik misteri lalu membuatkannya lebih berkuasa tetapi juga tidak stabil. X-Men kini berdepan dengan Jean yang semakin tidak boleh dikawal, sehingga mencederakan rakan-rakan sendiri.


Men In Black: International
Tarikh Tayangan: 13 Jun 2019
Genre: Pengembaraan / Komedi
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Emma Thompson, Liam Neeson
Pengarah: F. Gary Gray

Selepas 22 tahun dan 3 filem, Men In Black kembali dengan generasi lebih muda dalam mempertahankan bumi dari ancaman dan penakhlukan makhluk asing. Kali ini ancaman itu datang dari dalam organisasi Men In Black sendiri kerana ada musuh dalam selimut.



Detective Conan: The Fist Of Blue Sapphire
Tarikh Tayangan: 13 Jun 2019
Genre: Anime
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Minami Takayama, Wakana Yamazaki, Rikiya Koyama, Kappei Yamaguchi, Kenichi Ogata
Pengarah: Tomoka Nagaoka

Filem ke-23 dari francais "Detective Conan" dan siri "Case Closed" yang diangkat dari manga Gosho Aoyama yang berjaya menundukkan "Avengers Endgame" di boxoffice Jepun. Ia berkisarkan tentang batu nilam biru terhebat dunia yang dikatakan telah karam dalam kapal lanun pada lewat abad ke-19 di Singapura. Apabila ia dijumpai dan dipamerkan di hotel Marina Sands Singapura, satu pembunuhan misteri kemudian pula berlaku.



Krasue: Inhuman Kiss
Tarikh Tayangan: 13 Jun 2019
Genre: Romantik / Seram
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Oabnithi Wiwattanawarang, Phantira Pipityakorn, Sapol Assawamunkong, Surasak Wongthai
Pengarah: Sittisiri Mongkolsiri

Di sebuah perkampungan terpencil, seorang gadis mendapati dirinya telah mewarisi sumpahan Krasue. Setiap malam kepalanya akan bercerai dari tubuhnya dan dia mula memburu darah dan daging. Apabila ternakan di kampungnya banyak mati, menyebabkan orang kampung marah dan mula memburu Krasue.



Toy Story 4
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019
Genre: Animasi / Kekeluargaan
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Tom Hanks, Tim Allen, Annie Potts, Tony Hale, Keegan-Michael Key, Maddie McGraw, Christina Hendricks, Jordan Peele, Keanu Reeves
Pengarah: Josh Cooley

Woody dan Buzz kini menjadi milik seorang kanak-kanak bernama Bonnie. Mereka kemudian diperkenalkan kepada Forky, sudu/garfu yang ditukar menjadi permainan. Woody dan Buzz membawa Forky dalam satu pengembaraan selepas mereka terpaksa sertai satu lagi misi penyelamat.


Still Human
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019
Bahasa: Kantonis
Sarikata: Inggeris / Cina
Genre: Drama
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Anthony Wong, Crisel Consunji
Pengarah: Oliver Siu Kuen Chan

Filem ini menangi tiga anugerah di Anugerah Filem Hong Kong ke-38 baru-baru ini -  Pelakon Lelaki Terbaik (Anthony Wong), Pelakon Baru Terbaik (Crisel Consunji) dan Pengarah Baru Terbaik (Oliver Siu Kuen Chan).

Filem penuh drama ini mengisahkan hubungan antara dua insan yang berbeza latarbelakang seorang lelaki Hong Kong tua yang lumpuh dan seorang wanita Filipina yang ditugaskan untuk menjagainya. Walaupun pada mulanya mereka tidak bersefahaman, mereka terpaksa bergantung antara satu-sama lain dan mempelajari untuk saling menghormati antara satu sama lain. 



Child's Play
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019
Genre: Seram
Pengedar: Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd.
Pelakon: Aubrey Plaza, Gabriel Bateman, Brian Tyree Henry, Tim Matheson, Mark Hamill
Pengarah: Lars Klevberg

Sebuah lagi remake/reboot filem seram klasik, mengisahkan seorang ibu telah memberi anak lelakinya patung bersempena dengan hari jadinya, tanpa menyedari bahaya yang bakal berlaku berikutan patung tersebut boleh hidup sendiri dan akan mengganas.



Yesterday
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2019
Genre: Komedi
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris
Pengarah: Danny Boyle

Berkisarkan tentang seorang pemuzik yang terlibat dalam satu kemalangan. Setelah pulih dari kecederaan, dia menyedari hanya dia seorang sahaja di Bumi yang mengingati kewujudan kumpulan rock British popular, The Beatles dan lagu-lagu popular mereka.


Annabelle Comes Home
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2019
Genre: Seram
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Mckenna Grace, Madison Iseman, Katie Sarife, Patrick Wilson, Vera Farmiga
Pengarah: Gary Dauberman

Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren meletak Annabelle di bilik artifak mereka dalam usaha menghalang ia "hidup" semula. Bagaimanapun, Annabelle berjaya membangunkan kejahatan dalam bilik itu dan mula menyasarkan anak perempuan Warren iaitu Judy.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!