JELAJAH LAMBAIAN KAABAH KEMBALI KE 50 MASJID TERPILIH
Tahun lalu Jelajah Lambaian Kaabah sebuah karnival anjuran Andalusia Travel and Tour telah berjaya di 15 buah masjid. Kini JLK kembali dan bekerjasama dengan Karnival Geng Masjid membawakan tema Satu Perjalanan. Gabungan ini diharapkan mampu memeriahkan lagi 50 buah Masjid yang terpilih dalam Malaysia.
Dijadualkan akan bermula pada awal Julai 2019 sehingga April 2020. 50 buah masjid akan dijelajah secara berperingkat. Apa yang menariknya juga, akan ada beberapa tarikh yang akan dilakukan secara serentak. Itulah gabungan yang unik dan jitu dari kedua buah jenama yang prolifik dengan nama yang kukuh di mata masyarakat.
Menurut Pengarah Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Hajjah Ida Riswana Idris, Andalusia di beri peluang sekali lagi untuk melebarkan misi dengan gabungan bersama KGM Event demi untuk mencapai objektif yang seiring iaitu menghampiri seramai mungkin bakal tetamu Allah di Malaysia.
Dalam misi Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 ini, Andalusia tetap memilih masjid untuk menjalankan program positif mendekati masyarakat dari pelbagai lapisan umur dan strata sosial. “Objektif kami, selain dari membawa nama Andalusia sebagai syarikat pengurusan umrah dan haji yang dipercayai, kami juga ingin menjadikan karnival JLK 2.0 ini sebagai pusat rujukan bagi umat Islam yang ingin mengerjakan umrah dan haji,”katanya.
Selain dari itu untuk mengimarahkan Masjid, sebagai tanda penghargaan kepada pencinta Masjid dan Agama Islam tidak kurang juga sebagai usaha mendekatkan orang ramai kepada program-program karnival hiburan dan santai tetapi patuh Syariah. Usaha ini diharapkan akan membawa lebih ramai pengunjung ke 50 buah masjid yang tersenarai.
Encik Ashraf Alam, Penerbit Media Karnival Geng Masjid pula berkata, “Akhirnya usaha kecil kami untuk membawa masjid seiring dengan gaya hidup moden serta mendapat liputan dari media secara menyeluruh kini menjadi realiti. Selama ini kami hanya menjalankan usaha kolektif sesama sendiri kerana berkongsi minat yang sama dan hanya menyimpan cita-cita untuk berusahasama dengan syarikat yang besar. Kini segalanya menjadi realiti apabila, Karnival Geng Masjid dapat berusahasama Jelajah Lambaian Kaabah anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Kami berharap agar, acara ini akan mendapat liputan dari media dalam mengangkat martabat masjid sebagai sebuah pusat komuniti Islamik zaman kini.” Ini merupakan usaha tahun kedua dari pihak KGM.
Jelajah Lambaian Kaabah bersama Karnival Geng Masjid ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Kebudayaan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik dan menurut YB Menteri. “Usaha ini dianggap murni di mata masyarakat kerana berjaya menggabungkan hiburan yang patuh Syariah dengan karnival yang mendekatkan masyarakat serta menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti setempat. Memperkenalkan agen pelancongan yang berjaya dan diikitiraf serta konsep mesra muslim kepada pelanggan. Dalam masa yang sama, usaha ini membawa peluang kepada pelancong untuk keluar negara dengan lebih yakin dan masih dalam nilai Islamik,” ujarnya.
Seiring dengan program jelajah 50 buah masjid bersama dengan selebriti tempatan seperti Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Bell Ngasri, Shuk Hot FM, Ustazah Isfadiyah, Adam Corrie Lee, Ustaz Dinie Juri, Ustaz Syed Kadir dan ramai lagi.
Diharapkan agar usaha murni ini akan menjadi sebuah platform penyatuan ummah yang sekaligus akan mengangkat nama masjid setempat di mata masyarakat.
TRIVIA MENGENAI ‘JELAJAH LAMBAIAN KAABAH’
- ‘Jelajah Lambaian Kaabah 2.0’ ini meletakkan sasaran pengunjung selama 2 hari 1 malam ini seramai 3000 orang.
- Masjid diangkat sebagai bukan saja tempat untuk beribadah malah pusat komuniti untuk masyarakat setempat.
- Sebagai sebuah hub rasmi untuk rujukan masyarakat mengenai agen pelancongan yang terbaik untuk pakej HAJI DAN UMRAH.
- Satu Perjalanan tema yang dibawakan boleh dijelaskan dengan dua maksud.
- Perjalanan sebagai orang Islam mencari ilmu untuk bekalan akhirat
- Perjalanan muslim dalam mengembara melihat kebesaran Allah
- 7 agensi pelancongan akan berada di setiap karnival untuk membantu orang ramai memilih pakej yang terbaik dan tidak tertipu.
- Slot program yang dijadualkan sesuai untuk satu keluarga atau pelbagai lapisan umur datang memeriahkan Masjid.
- Air zam-zam akan diberikan minum percuma kepada pengunjung mengikut jadual yang ditetapkan.
- Lebih 50 peniaga muslim akan membuka gerai jualan semasa karnival berlangsung.
- Jualan tapak gerai jualan bermula RM 200 hingga RM 350 mengikut syarat tertentu.
IKUTI INFO TERKINI ‘JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.0” DI PLATFORM INI
FACEBOOK
INSTAGRAM
@Umrahandalusiadotcom @Karnivalgengmasjid
@jelajahlambaiankaabah
Comments
Post a Comment