MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) AIDILFITRI 1440H



Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 1440H I 2019M di Muzium Diraja, Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun 2019. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri pada 22 Jun 2019 (Sabtu) mulai jam 2.00 petang. 

MRTM Aidilfitri 2019 bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dan agama rakyat Malaysia serta menjadi platform terbaik untuk memberi pendedahan dan kefahaman orang ramai termasuk pelancong luar mengenai budaya, tradisi dan adat yang diamalkan di Malaysia dalam suasana harmoni, muafakat dan bersatu-padu. 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang majlis ini berlangsung seperti program bersifat interaktif, merewang, persembahan poket hari raya dengan artis jemputan termasuk penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli serta Asmidar, perkhidmatan kaunter bergerak dan pelbagai lagi. 

Pengunjung juga berpeluang memasak dan menyediakan rendang, ketupat, sate, lemang dan dodol serta pelbagai juadah istimewa hari raya. Kesemua program ini memberikan pengalaman perayaan yang istimewa kepada pengunjung khususnya pelancong asing dengan experience tourism iaitu program silang budaya yang unik dan istimewa masyarakat Malaysia dalam meraikan Aidilfitri. 

Majlis ini juga akan diberi liputan oleh media. wartawan. bloggers dan masalah pelancongan luar Negara (mega-fams) dari 13 buah negara seperti Jepun. Itali. Turki, New Zealand. Arab Saudi. China. Vietnam. India. Filipina dan Thailand bagi membuat liputan. 

Selain itu. program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan industri pelancongan negara serta memperkenalkan seni dan budaya negara seterusnya menarik 30 juta pelancong asing ke Malaysia sempena Melawat Maiaysia 2020 dengan penjanaan pendapatan pelancongan RM100 bilion dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Seni dan Budaya Antarabangsa. 

Majlis ini juga akan diberi liputan oleh media, wartawan asing, bloggers dan majalah pelancongan asing (mega-fams) dari 13 buah negara seperti Jepun. Itali, Turki, New Zeland, Arab Saudi, China, Vietnam, India, Filipina dan Thailand bagi membuat liputan. 

Sempena penganjuran program ini, pengunjung digalak menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Bas perantara (feeder bus) akan disediakan di Muzium Negara secara percuma untuk membawa pengunjung ke Muzium Diraja (pergi dan balik) setiap 15 ke 25 minit. 

Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri, kenderaan boleh diletakkan di mana-mana stesen yang mempunyai jaringan terhubung seperti KTM, MRT, bas Rapid KL di sekitar Kuala Lumpur seperti di Terminal Bas Selatan (TBS) di Salak Selatan, KL Sentral, UTC Pudu, Terminal One, Seremban, LRT Kelana Jaya Gombak, MRT Subang, Pusat beli-belah Bukit Bintang dan KLCC. Melalui stesen-stesen MRT/LRT/KTM Komuter serta bas, pengunjung perlu turun di Stesen Muzium Negara (Susur Keluar Pintu B) dan mengambil bas perantara yang disediakan selama dua (2) hari tersebut.



Kehadiran orang ramai serta para pelancong amat dialu-alukan bagi merasai kemerahan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 di Muzium Diraja, Kuala Lumpur kerana ia memberikan pengalaman sebenar suasana perayaan di Malaysia terutamanya kepada pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. 


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING