MIRA FILZAH DILANTIK SEBAGAI DUTA HONOR 20 SERIES



Beberapa hari selepas pelancaran global di London, HONOR Malaysia pula melancarkan telefon pintar flagship HONOR 20 Series di Malaysia bersama Wonder Girl, Mira Filzah. Pelakon serba-boleh ini menyertai barisan duta-duta Honor yang sebelum ini sperti – Zizan Razak, SonaOne dan duta terkini catbassador, Captain Meow. Mira Filzah bakal mempromosikan #CaptureWonder dengan rangkaian HONOR 20 Series.

Kecenderungan Mira Filzah terhadap fesyen dan kecantikan menjadikan gandingan ini selaras dengan misi HONOR untuk sentiasa mencipta peranti yang canggih dengan penampilan yang muda remaja dan kemampuan fotografi yang mantap.


Telefon pintar Honor 20 dikuasai CPU pemproses iSilicon Kirin 980 (7 nm) dengan 6/8GB RAM, 128/256GB ROM. Ia mempunyai paparan sesentuh 6.4-inci IPS LCD capacitive touchscreen (1080 x 2310 pixels, 398 ppi). Dilengkapi dengan dua kamera belakang: 48MP. Bateri Li-Po 4000 mAh memberikan penggunaan yang tahan lebih lama. 

Harga HONOR 20 adalah RM 1,699 dan boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black and Sapphire Blue.

HONOR 20 Series bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut sila layari http://hihonor.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/HonorMY/.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA