NUMEE GARDENIA - MEE KUNING HASIL PRODUKSI INOVATIF



Gardenia secara rasmi melancarkan penambahan rangkaian produk baru iaitu NuMee Gardenia. Diperbuat dengan teknologi terkini, proses pempasteuran dan capaian kestabilan, NuMee Gardenia telah dihasilkan oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa bagi membawakan mee yang lebih baik untuk isi-isi rumah di Malaysia. la adalah mee kuning pertama yang dipastur di negara ini.

Mee kuning sedia dimakan ini tetap mengekalkan tradisi jenamanya, Gardenia, jenama yang dipercayai dalam menghidangkan makanan kualiti terbaik bagi keluarga di Malaysia selama lebih 30 tahun. 

Mee kuning NuMee Gardenia yang selamat dan diyakini pengguna kerana ia disahkan Halal oleh Jakim dan dibuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi. la disediakan dalam persekitaran pemprosesan terkawal untuk mengelakkan sebarang pencemaran. Menggunakan teknologi terbaru ia diperbuat tanpa pewarna tambahan, tanpa asid borik, menggunakan alkali bergred makanan, kurang berminyak dan merupakan mee pasteur pertama di pasaran. Teknologi ini mengambil Gardenia tempoh dua tahun dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan mee kuning berkualiti terbaik setakat ini. Proses pasteur ini bagi membunuh bakteria dan mikroorganisma berbahaya mempercepatkan kemerosotan makanan dan menghilangkan patogen dan bakteria berbahaya. la direka untuk memastikan rasa yang lazat dan kualiti tinggi dikekalkan. 

"Sebagai jenama nasional pertama Malaysia yang menggunakan kaedah pendekatan pasteurisasi mee, NuMee Gardenia komited dalam mengeluarkan versi mee kuning yang lebih baik yang menawarkan konsistensi kualiti dan rasa yang baik, menjadikan NuMee Gardenia hidangan yang lebih baik untuk anda," kata Ena Suhaila Abas, Pengurus-Pembangunan Perniagaan untuk NuMee Gardenia.


Majlis pelancaran itu juga memperkenalkan buku resipi oleh tukang masak selebriti dan penulis buku masakan terkenal, Marina Mustafa, bertajuk "Only Mee" : 30 Recipes to Bring Joy to The Table. "Only Mee" dengan kongsian 30 resipi mee berinovatif menggunakan produk Gardenia ini dilhamkan dari kenangan zaman kanak-kanak Marina tatkala dia membantu menyediakan hidangan bersama saudaranya untuk santapan seisi keluarga. Rahsia di sebalik nombor 30 adalah bagi menyediakan satu resipi untuk setiap hari dalam sebulan. "Only Mee" menyediakan pelbagai resipi dari makanan snek ke hidangan dengan sentuhan antarabangsa. bagai contoh, resipi menarik ialah OMG NuMee (Original Mee Goreng) yang menggalakkan pemakanan sihat dan seimbang.


NuMee Gardenia dijual pada harga RM1.50 setiap paket dan boleh didapati di seluruh negara di pasar raya dan kedai runcit. Ketahui lebih lanjut mengenai NuMee Gardenia www.numeegardenia.com.my atau di platform media sosial NuMee, NuMee Gardenia @numeegardeniaofficial di Facebook dan NuMee Gardenia @ numeegardenia_ official di Instagram.

Comments

  1. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts