PUMA X SOPHIA WEBSTER KEMBALI DENGAN GAYA NEON 80-AN



Jenama sukan PUMA dan Sophia Webster memulakan musim Spring-Summer '19 dengan sebuah koleksi kasut dan pakaian untuk wanita dan kanak-kanak yang cukup unik. Menggambil inspirasi dari pakaian senaman dan seni tarian zaman '80-an, koleksi ini mencerminkan perspektif unik Sophia terhadap gaya feminine yang padu dan tidak terhingga. 



Terkenal dengan citarasa fesyennya yang cukup berbeza, pereka kasut dan aksesori kelahiran British, Sophia Webster terus menggabungkan rekaan feminin dengan pendekatan yang lebih canggih. Bagi koleksi SS19 kali ini bersama dengan PUMA, Sophia menggunakan gaya ikoniknya untuk mengubah koleksi yang diilhamkan dari sukan dengan penggunaan logo baru, percetakan yang tebal, dan teknik warna ‘neon colour blocks’ yang terkenal pada zaman '80an. Menerusi gabungan neon yang berwarna-warni bersama warna pastel, kasut PUMA yang klasik kini diberi olahan rupa yang tampil segar, seronok dan sesuai untuk musim panas. 


Gaya tersendiri Sophia boleh dilihat menerusi rekaan klasik beliau seperti Suede, Muse, CALI dan Thunder. Diinspirasikan dari kasut yang dahulunya terkenal untuk sukan gelanggang, CALI SOPHIA WEBSTER direka dengan perincian kilauan glitter yang menyeluruh di bahagian atas kasut dan lapisan mesh yang bertona menampilkan gaya jalanan yang menarik kepada si pemakai. Sesuai untuk penggemar gaya yang berani, kasut CALI SOPHIA WEBSTER juga dilengkapi dengan penggunaan bahan kulit di bahagian lidah dan tumit kasut yang berkilauan. Sisipan tapak getah yang tebal dan penambahan rekaan unik di bahagian hadapan dan belakang kasut memberikannya wajah yang lebih stailo dan berani. 


Kasut Thunder SOPHIA WEBSTER pula adalah silo yang mengenengahkan gaya rekaan yang lebih progresif dengan penggunaan bahan neoprena berkilat di bahagian hadapan dan disambung dengan tenunan yang menyerupai stokin di pergelangan kaki. 


Trim tali rentas di bahagian atas ke sisi kasut tersebut mengambil inspirasi dari corak barok. Tapak tebal ikonik koleksi Thunder pula direka semula oleh Sophia Webster dengan penggunaan warna neon untuk gaya ‘colour block’ dan kemasukkan warna metalik di tumit. Koleksi PUMA x Sophia Webster juga dilancarkan dalam versi ‘mini-me’ sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. 


Seterusnya, kasut Basket SOPHIA WEBSTER direka bentuk dengan lapisan glitter bersalut, corak garisan yang bersahaja dan bahagian tali kasut serba putih. 

Bagi koleksi Muse SOPHIA WEBSTER pula, logo PUMA telah diberi olahan dengan corak sulaman, ‘strap’ pada tumit dan dilengkapi dengan hiasan floral di bahagian sisi. 


Pelancaran kasut yang berbagai untuk kolaborasi SS19 Sophia Webster bersama PUMA dilengkapi dengan koleksi yang menyeluruh menerusi pelancaran produk seperti baju T, ‘crop top’ dan seluar ketat panjang dan seluar pendek. Sebuah logo kreatif berwajah baru juga digunakan untuk koleksi pakaian kali ini. Pakaian ‘two-piece’ dari SS18 juga dilancar semula untuk musim ini dengan rupa baharu manakala ‘reversible crop top’ pula meminjam inspirasi dari pakaian latihan tarian ballroom. 

Koleksi SS19 PUMA X Sophia Webster berharga dalam lingkungan RM 229 – RM 705 dan boleh didapati bermula 11 Mei 2019 di PUMA KLCC, PUMA Sunway Pyramid, PUMA Genting, PUMA IMAGO, PUMA JB Paradigm, PUMA MidValley, PUMA SMART, PUMA Suria Sabah dan RSH.


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA