SAMSUNG MALAYSIA MELANCARKAN "MY SCHOOL, MY HOME"



Selaras dengan wawasan untuk membawakan inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan menerusi teknologi inovatif yang telah lama menjadi pegangan Samsung, Samsung Malaysia Electronics melancarkan ‘My School, My Home’ ‘(Sekolahku, Rumahku)’, sebuah tempat yang menjadi titik pertemuan bagi pendidikan dan ketercapaian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kehidupan semua yang berada di SK Rambungan. 

SK Rambungan yang terletak di kawasan pedalaman Daerah Lundu adalah sekolah yang melambangkan masa depan Lundu. Namun begitu, sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah ini agak kekurangan dari segi kemudahan asas yang diperlukan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, jumlah pelajar di sekolah ini juga semakin berkurangan dari tahun ke tahun kerana lokasi tempat tinggal mereka terletak terlalu jauh dari sekolah dan perjalanan berulang-alik ke sekolah amat memenatkan. 

‘My School, My Home’ merupakan satu inisiatif yang dilancarkan oleh Samsung Malaysia Electronics untuk membawakan kehidupan yang lebih baik kepada para pelajar, guru, dan ibu bapa SK Rambungan menerusi dua penyelesaian: sebuah pusat sumber yang lebih lengkap untuk mempertingkatkan standard pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut – ‘My School’, serta kemudahan asrama untuk menempatkan guru-guru dan ibu bapa yang datang dari jauh – ‘My Home’. 

“Di Samsung, kami sedar bahawa ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu mempertingkatkan komuniti global. Kami sentiasa menyasarkan untuk membawakan inovasi perintis dengan harapan kami dapat membantu mempertingkatkan kehidupan dan menyumbang ke arah kesejahteraan sosial. Kami harap dengan inisiatif ini, kami dapat merapatkan jurang teknologi antara pelajar di kawasan pedalaman dan pelajar di bandar, dan seterusnya, berharap supaya dapat memberikan peluang yang sama kepada warga SK Rambungan dari segi kehidupan dan pembelajaran,” kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics. 

‘My School’ yang dilengkapi dengan tablet Samsung Galaxy serta TV pintar, dibangunkan untuk pelajar dan guru di sekolah tersebut untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. ‘My Home’ yang dilengkapi dengan penyaman udara, peralatan rumah dan TV yang disumbangkan oleh Samsung pula dibina khusus untuk guru-guru dan ibu bapa yang menempuh perjalanan yang jauh untuk ke sekolah. Kemudahan asrama anak-anak yang sedia ada dan ruang dobi turut dinaik taraf supaya lebih teratur. Ruang dobi kini dilengkapi dengan pemasangan tempat cucian kain yang sesuai dan mesin basuh baru dari Samsung. 

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Junaidi. “Bagi pihak semua di SK Rambungan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Samsung Malaysia Electronics bagi inisiatif ini. Tidak cukup tepat sekiranya kita mengatakan bahawa ia memberikan kehidupan yang lebih baik kepada semua yang berada di sini, kerana ia telah memberikan manfaat yang jauh lebih banyak dari itu,” kata beliau. 

Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Junaidi turut memuji inisiatif ‘My School, My Home’ dan semua pihak yang terlibat. “Tahniah kepada semua yang telah membantu merealisasikan inisiatif ini. Kerana usaha gigih anda, pelajar-pelajar SK Rambungan kini mempunyai platform untuk menyemarakkan cita-cita dan harapan mereka melalui pendidikan digital. Kami amat berbangga dengan apa yang telah dicapai pada hari ini dan saya turut menyeru supaya kita semua meneruskan sokongan agenda kebangsaan dalam penggunaan ICT untuk menjadi negara yang berasaskan pengetahuan, dalam usaha untuk menyumbang ke arah Malaysia yang lebih baik,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA