SHELL MALAYSIA LANCAR KEMPEN AMAL "ANDA PAM, KAMI DERMA"



Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan kempen amal, ‘Anda Pam, Kami Derma’ untuk menyumbang kepada dana Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

NKF dalam satu kenyataan berkata, kempen itu dijayakan menerusi setiap pembelian liter petrol di stesen-stesen Shell di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pada 15 Jun lalu sehingga 30 Jun ini.

Sebanyak 315 peruncit Shell terlibat dalam kempen ini dan akan menyalurkan sebanyak satu sen daripada setiap liter kepada dana NKF untuk menyokong pesakit dan pembelian mesin dialisis baharu untuk pusat dialisis NKF. Sumbangan ini diharap dapat membantu pesakit buah pinggang memulihkan mereka, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk bergaul bersama masyarakat,’’katanya.

Setiap tahun, NKF memerlukan RM24.9 juta untuk menanggung kos rawatan dialisis untuk 1,600 pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di 28 pusat dialisis di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my/PamUntukDerma

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada NKF, boleh layari http://nkf.org.my atau hubungi talian 03-7954 9048.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA