TAOBAO DAN ATAP.CO LANCAR KEDAI KONSEP PERABOT BAHARU



Taobao, platform e-dagang terbesar China oleh Kumpulan Alibaba, dan Atap.co, teraju platform rekaan dalaman online Malaysia melancarkan Taobao Home Experience Centre di The Square, Jaya One, Petaling Jaya. Kedai konsep baharu ini adalah kerjasama oleh saluran kelengkapan rumah Taobao, Jiyoujia, untuk memperkenalkan rangkaian perabot yang berkualiti tinggi dan bergaya kepada pengguna-pengguna Malaysia dalam format yang inovatif.

Jiyoujia yang diasaskan pada tahun 2015, menawarkan pelbagai barangan kelengkapan rumah yang telah dipilih dari jutaan barangan yang boleh didapati melalui Taobao. Ia memberi fokus kepada kualiti dan rekaan yang mengandingkan fungsi dan nilai estetika yang menjadi idaman pengguna-pengguna di Malaysia.

Hancock Home

Mickey Xiong, Pengarah Negeri Taobao dan Tmall World untuk pasaran Asia Tenggara & Hong Kong, berkata, “Pelancaran hari ini menunjukkan komitmen Taobao untuk berkerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysian dan memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik melalui inovasi digital. Kami amat gembira berkerjasama dengan Atap.co untuk membawakan Taobao Home Experience Centre ke Malaysia, di mana permintaan untuk perabot dan barang kelengkapan rumah yang berkualiti semakin meningkat tahun ke tahun. Kami yakin kedai ini akan memberikan pengalaman membeli-belah yang mudah dan hebat kepada pelanggan-pelanggan kami di Malaysia.”


Coconordic


Pusat perabot yang mempunyai keluasan 4500 kaki persegi memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat dan mencuba dengan lebih dekat barangan jualan Jiyoujia, terutamanya barangan yang besar, sebelum membuat pembelian secara online, atau mendapatkan inspirasi untuk melengkapkan rumah idaman mereka.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://atap.co/malaysia/en

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA