CITARASA KULINARI TIMUR TENGAH DI RESTORAN SAHALA, CYBERJAYA



Dengan slogan “Great Food to Share!” atau Makanan Sedap Harus Dikongsi, Restoran Sahala membawakan citarasa kulinari Timur Tengah untuk dikongsikan bersama rakyat Malaysia, khususnya yang berada di Cyberjaya.

Terletak di Cottage Walk, Persiaran APEC yang terkenal dengan deretan restoran dan kafe di Cyberjaya, Restoran Sahala diusahakan oleh Mr Saeed yang berasal dari negara Yemen dan rakan-rakan kongsinya. Idea untuk membuka sebuah restoran ini telah berputik sejak 2017, selepas lawatan mereka ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia.



Restoran Sahala menampilkan ruangan dalam yang modern tetapi mengekalkan konsep minimalis dengan pengaruh kebudayaan Yemen yang kaya.

Dapur Restoran Sahala dikendalikan oleh tukang-tukang masak berpengalaman dalam menyediakan masakan Timur Tengah dengan ramuan-ramuan yang segar dan berkualiti.

Restoran Sahala telah mula beroperasi sejak enam bulan lalu, menyediakan pelbagai jenis menu dari Yemen dan Turki yang menepati selera penggemar masakan Timur Tengah.


Antara masakan yang harus dicuba di Restoran Sahala adalah:

Kebab Gulung Istanbul - RM17.70

Zorbian Daging Kambing - RM25 (biasa) / RM40 (besar)

Mandee Daging Kambing - RM24.50 (biasa) / RM39.90 (besar)

Daging BBQ Campur Ala Turki RM29.90 (kecil), RM39.90 (sedang) & RM49.90 (besar)

Roti Turki - RM5


Teh Arab - RM6 (kecil) / RM8 (besar)

Aneka masakan Yemen & Turki di Restoran Sahala, Cyberjaya

Sahala Restaurant 
9, Cottage Walk,
Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya

Untuk tempahan dan penghantaran, sila hubungi 03 8322 2383

Emel: sahalarestaurant@gmail.com |

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

SCENTS OF MALAYSIA 2024 BAKAL MENGHARUMKAN INDUSTRI WANGIAN TEMPATAN