EKSPO DURIAN DI BUKIT KIARA EQUESTRIAN & COUNTRY RESORT
Sebut sahaja durian, pastinya ia akan mengundang reaksi suka atau jelek. Tetapi yang pentingnya durian telah diiktiraf sebagai raja segala buah-buahan di Malaysia dan menjadi kegemaran ramai penduduk Malaysia. Bagi meraikan buah yang eksotik ini, Ekspo Durian Kuala Lumpur 2019 sedang diadakan mulai 26 hingga 28 Julai 2019 buat julung-julung kalinya di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort.
"Ekspo disokong oleh Pelancongan Malaysia dan Jabatan Pertanian menyaksikan perhimpunan profesional dan penggemar durian terbesar dari Malaysia dan luar negara berkumpul di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort di sini selama tiga hari," kata En Paul Ng, Pengarah Urusan Bukit Kiara Gourmet Sdn Bhd.
Pengunjung akan berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis durian di Malaysia secara bufet atau boleh juga mendapatkan durian secara ala carte di tapak ekspo.
Spesis durian terkenal seperti Musang King dari Pahang dan Black Thorn dari Pulau Pinang akan menjadi tumpuan ekspo ini.
Penggemar durian boleh memperolehi maklumat mengenai pelbagai produk durian serta destinasi lawatan dan resort ladang manakala peserta perdagangan dan perniagaan akan mempunyai peluang untuk berangkaian dengan kenalan.
Selain menikmati bufet durian, pengunjung boleh juga merasai pesta bufet makanan Malaysia dengan penampilan ikonik beserta pengaruh hidangan Melayu, Cina dan India.
"Ekspo juga menampilkan acara seminar, simposium dan peluang bertemu pemain utama dalam sektor ini dari seluruh dunia," tambah Paul lagi.
Pengunjung dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti:
- Demo masak dan penandatanganan buku oleh alumni Master Chef UK Zaleha Kadir Olpin (Jumaat, 26 Julai 2019 pada 4 petang sahaja)
- Pusat maklumat oleh Project Pteropus yang menjalankan penyelidikan berterusan tentang peranan kelawar buah dalam pendebungaan bunga durian
- Perunding Durian dan perladangan Lim Chin Khee bercakap tentant "Perniagaan Durian dan Memulakan Ladang Durian Anda"
- Penulis blog durian Lindsay Gasik bertumpu kepada "Jelajah Virtual Durian di Pulau Pinang" dan "Jelajah Virtual Durian di Pahang"
- Mohd Ali Hanafiah bin Mazlan dari Jabatan Pertanian mengenai "Kaedah & Pengurusan Geraf Durian".
- Chong Lee Cho, pengarang bersama "Kerajaan Durian, Panduan Raja Buah Pulau Pinang" yang juga pengarang makanan dan minuman Malaysia serta editor majalah "City Eye" akan mengadakan seminarnya dalam bahasa Mandarin.
Ekspo tiga hari ini bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari www.durianexpo.com
Comments
Post a Comment