KESELESAAN TANPA KOMPROMI DARIPADA TRIUMPH



Ultimate Comfort daripada Triumph hadir tepat pada masa, sesuai dengan keadaan semasa yang lebih panas. Malah, koleksi yang ideal untuk musim panas ini bukan sahaja mudah dipakai tetapi turut menampilkan permukaan yang lembut. 

Comfort Touch telah dihasilkan dengan memberi penekanan terhadap keselesaan setiap hari melalui penggunaan fabrik lembut dan ringan. Coli berlapik tanpa wayar ini mempunyai renda halus di bahagian depan dan sesuai dipakai semasa hari yang panas. 


Padankan ia dengan seluar dalam midi atau hipster untuk gaya yang lebih anggun. Disediakan dalam warna hitam dan kuning air (beige) neutral, koleksi Comfort Touch juga boleh didapati dalam pilihan coli separuh cup yang berlapik dan berwayar. 

Rangkaian Ultimate Comfort juga terdiri daripada coli berlapik tanpa wayar Everyday Soft Touch dalam warna ungu lembut yang bergaya terkini. Fabrik lembut dan pelapik yang diperbuat daripada busa lut udara memastikan kulit dan diri anda sentiasa selesa, sepanjang hari. 


Ia boleh didapati dalam pilihan warna hitam, kuning air neutral dan merjan (coral) dengan padanan seluar dalam mini atau hipster. Coli Ultimate Comfort ditawarkan pada harga RM229 sehelai, sementara rangkaian seluar dalamnya di antara RM79.90 hingga RM89.90 sehelai.

Koleksi Ultimate Comfort baharu ini boleh didapati di pusat-pusat jualan di seluruh negara. Senarai pusat jualan terdekat dengan anda boleh didapati menerusi pautan www.triumph.com/my/en/992.html

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2