‘KONSERT HORA HOREY LIVE! DIDI & FRIENDS’ CERIAKAN CUTI SEKOLAH



Siri animasi kanak-kanak popular, ‘Didi & Friends’ bakal mengadakan ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’, yang akan dibawakan secara ekslusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur. Konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019, bersempena dengan cuti persekolahan yang akan bermula pada 10 Ogos ini.

Diangkat sebagai sebuah fenomena hebat di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru, 'Didi & Friends' adalah produksi bersama Digital Durian dan Astro, dengan lebih daripada 2 juta pengikut dan 1.5 bilion tontonan di YouTube. ‘Didi & Friends’ berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu menarik dan watak-watak comel yang begitu disayangi ramai seperti, ‘Didi’, ‘Nana’, ‘Jojo, ‘Pak Atan’, ‘Bingo’ dan banyak lagi.

Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian berkata, “Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Misi kami adalah untuk mencipta momen keluarga yang penuh kasih sayang dan bahagia untuk ibu bapa, terutama sekali untuk anak-anak. Ini adalah langkah terbaik untuk membuat ibu bapa dan anak-anak gembira, iaitu dengan membawa para peminat Didi & Friends merasai sendiri pengalaman konsert muzikal interaktif yang cukup hebat!

Konsert muzikal interaktif untuk kanak-kanak secara besar-besaran seperti Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini adalah yang pertama dari kami, dan tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penggiat karakter kartun tempatan yang lain. Usaha dan penyelidikan yang kami lakukan - pengalaman yang ingin kami sampaikan - adalah pengalaman seumur hidup. Tarikan maskot baharu, persembahan, gimik dan pelbagai momen interaktif sudah pasti akan membuatkan anak-anak dan ibu bapa berasa teruja di sepanjang berlangsungnya persembahan.

Menariknya lagi, bersempena dengan penganjuran Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini, kami berbesar hati mengumumkan di sini bahawa kami akan meraikan 9 keluarga pemenang bertuah dengan membawakan kemunculan maskot ‘Didi & Friends’ sebagai kejutan di sambutan hari kelahiran mereka. Bayangkan kehadiran Didi, Nana, Pak Atan, Jojo atau Bingo di majlis anda dan menyambut hari istimewa anda bersama rakan dan keluarga tersayang? Setiap pemenang akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di setiap persembahan; 9 persembahan secara keseluruhannya. Semua yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah hebat ini.”


KHAS UNTUK PELANGGAN ASTRO!

Jom dapatkan *10% potongan harga tiket & * akses ke laluan ekspres ke Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends dengan layari laman web http://rewards.astro.com.my melalui telefon pintar atau tablet untuk mendapatkan kod promo. Kod promo boleh digunakan untuk dapatkan DISKAUN semasa pembayaran nanti.

Anda juga boleh mendapat akses ke laluan ekspres dengan menunjukkan bil kertas atau e-billing di kaunter tiket konsert nanti. Terhad kepada 100 pelanggan Astro pertama untuk setiap persembahan.

Untuk pembelian tiket dengan kod promo dan maklumat lanjut, sila layari http://www.didilive2019.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO