MARRYBROWN MEMPERKENALKAN KETERUJAAN “KOREAN SENSASI”



Peminat ayam goreng kini dapat merasai promo popular “Korean Sensasi” yang ditawarkan semula oleh Marrybrown®- rangkaian makanan segera Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia. Marrybrown® memperkenalkan dua hidangan Kombo Ayam Terhangat (Kepak Ayam Terhangat dan Burger Ayam Terhangat) bermula sekarang hingga 1 September 2019 di semua cawangan restoran Marrybrown® seluruh Malaysia. 


Kombo “Korean Sensasi” Ayam Terhangat kembali dengan gabungan kerangupan ayam Marrybrown® yang enak disaluti sos pedas Korea – ciptaan yang sempurna direka untuk menepati citarasa mereka yang suka rasa manis dan pedas dalam setiap sajian. Hidangan lazat ini juga bakal mencabar daya tahanan anda apabila rasa enak dan pedas bergabung dalam setiap gigitan yang lazat. Bagi melengkapkan pengalaman “Korean Sensasi” anda, setiap hidangan datang dengan set kentang goreng rangup dan minuman ringan. Bersempena dengan promosi ini, Marrybrown® juga akan mengadakan peraduan yang menyeronokkan di laman media sosial mereka iaitu cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang” yang akan berterusan hingga 26 Ogos 2019. 

“Merujuk kepada permintaan ayam goreng Korea yang semakin berkembang, kami amat gembira untuk membawa kembali promo popular ‘Korean Sensasi’ pada tahun ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh para pelanggan yang menjadikan ‘Korean Sensasi’ pada tahun lepas satu kejayaan yang besar, malah, kami teruja untuk memastikan pelanggan menerima servis dan produk yang terbaik,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®. 



"Matlamat kami adalah untuk terus memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan hidangan penuh enak untuk para pelanggan menikmati bersama-sama ahli keluarga serta rakan-rakan mereka di Marrybrown®. Oleh itu, dalam perancangan masa hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pengalaman para pelanggan dengan memberikan mereka pilihan lebih mudah seperti mewujudkan e-wallet menerusi hubungan kerjasama dengan GrabPay serta melancarkan perkhidmatan penghantaran dalam talian. Kami berharap agar terus mendapat sokongan para pelanggan Marrybrown® melalui penambahan ini," tambah Dato’ Joshua. 

Marrybrown® juga adalah rangkaian makanan segera yang pertama di Malaysia yang membawa makanan warisan tempatan yang popular di dalam menu mereka seperti Nasi MB, Bubur Ayam dan Mi Kari. Jenama kelahiran lokal ini juga amat berbangga dengan keupayaan menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang inovatif dan lazat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti daripada pembekal yang dipercayai. 

Untuk meraikan pencapaian tahun yang ke-38, Marrybrown® akan memperkenalkan kupon ulang tahun dengan promosi istimewa pada bulan September 2019 di mana, butiran lebih lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi. 

Marrybrown® kini berkhidmat buat berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan matlamat utama untuk menyediakan kualiti, servis, serta nilai kebersihan dan kepuasan yang tinggi bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi di Marrybrown® dan juga cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang”, sila layari: 

Facebook: Marrybrown Malaysia 
Instagram: @marrybrownmy 
Youtube: MarrybrownTV

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI