PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 DI RESTORAN VEGETARIAN SHIANG HAI
Nak makan cara yang sihat tetapi tidak membosankan? Jom kita ke Restoran Vegetarian Shiang Hai yang baru dibuka di Bandar Sunway. Restoran ini menggunakan 100% ramuan berasaskan sayuran ini menampilkan konsep ala-Jepun yang bakal menambat selera anda!
Restoran Shiang Hai ini adalah salah satu perniagaan di bawah HerbaLine Wellness yang terkenal dengan rangkaian spa dan juga café, Mama Kim yang menyediakan makanan yang sihat dengan konsep masakan 80% tumbuhan dan 20% haiwan.
Resotran baru ini menampilkan 100% makanan berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan signatur yang dibawakan oleh Shiang Hai adalah gulung-gulungan sushi yang berwarna-warni dengan kombinasi rasa yang menarik seperti pisang, mangga, rumput alfalfa, beetroot, buah pitera (buah naga) dan lain-lain.
Selain daripada gulungan sushi, restoran ini menawarkan sehingga 50 jenis masakan vegetarian. Antaranya menu yang mesti dicuba adalah kari cendawan signature Shiang Hai, Tauhu Prosperiti, Kombo Heavenly King dan jus biji anggur (Grape Seed Juice).
Mango Sushi |
Blue Sushi |
Beetroot Sushi |
Avocado Sushi |
Banana Sushi |
Vege Sushi |
Holy River Sushi |
Sushi disediakan segar dari dapur Shiang Hai |
Aneka sushi yang lazat dan menyelerakan |
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sushi-sushi vegetarian yang lazat lagi menyihatkan di Shiang Hai. Sempena pembukaan restoran ini, Shiang Hai menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk hidangan sushi sehingga 31 Julai 2019.
SHIANG HAI
Alamat: 32A Ground Floor,
Jalan PJS 8/2, Mentari Plaza,
Petaling Jaya, Malaysia
Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam
Tel: 03-5621 1016
Laman Facebook: https://www.facebook.com/shianghaimalaysia/
Comments
Post a Comment