SLASH DEDIKASIKAN “RUNTUN” KEPADA ANGGOTA BOMBA


Setelah sekian lama menyepi kumpulan yang popular dengan lagu “Melodi Kasih” ini telah melahirkan single terabaharu mereka yang berjudul “RUNTUN”

Bernaung di kini dibawah label mereka sendiri Astakona Entertainment , Slash merupakan kumpulan yang berkonsepkan pop rock . Dianggotai oleh Nuar selaku vokalis ,Joe selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum.Masing-masing berasal dari Kajang Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Single berjudul “RUNTUN ” ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Lagu ini di insiprasikan dari kisah pengorbanan anggota bomba yang kehilangan nyawa sewaktu mencurahkan khidmat bakti mereka .

Berbicara mengenai “RUNTUN”,tema liriknya bersifat universal karya tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, bersesuaian dengan peredaran zaman. Memilih genre Pop Rock , “RUNTUN” memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur cinta yang disifatkan sesuai dengan judul lagunya “RUNTUN”, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda. 

"Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcyi , Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini," ujar Joe . Muzik video rasmi lagu ini menampilkan Amar Asyraf serta di bantu oleh Atikah Nasir serta di arahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan.

Slash juga berharap agar lagu ini di terima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada semua golongan, serta tanda terima kasih warga seni kepada pergorbanan anggota bomba malaysia yang banyak membantu masyarakat.


Comments

Popular Posts