KLIA (KAU LUPA ITU AKU) SINGLE TERBAHARU NAJWA LATIF
Hampir 8 tahun dalam industri hiburan tanah air, Najwa Latif kembali setelah dengar single terbaharu berjudul KLIA (Kau Lupa Itu Aku) yang baru di lancarkan 31 Julai yang lalu. Baru menghabiskan pengajian sarjana dalam bidang perkhususan Bahasa Inggeris di Universiti Malaya, Najwa menyusun langkah seterusnya melancarkan lagu ini yang akan di muatkan di dalam album keduanya nanti.
Menurut Najwa, dia masih yakin dengan strategi mempromosi lagu melalui laman media sosial menjadi satu cara penting syarikat rakamannya NAR Records Sdn Bhd yang kini mempunya artis-artis seperti Khai Bhar dan iamneeta
Muncul dengan Studio single ke 17 diberi judul “KLIA “ singkatan untu Kau Lupa Itu Aku , gadis berasal dari Batu Pahat ini berharap single terbaharunya ini di terima baik peminat tanah air. Tambahnya lagi lagu dicipta lapan tahun lalu dan antara lagu terawal ciptaan selain lagu popularnya “Cinta Muka Buku”
Tidak mensasarkan harapan tinggi untuk lagu ini, Najwa berharap agar kehadiran lagu ini dalam persada muzik tempatan dapat menjadi inspirasi kepada peminat dan khalayak pencinta muzik.
Berbicara mengenai “KLIA”, yang dihasilkan sepenuhnya oleh Najwa dan liriknya di tulis oleh kakaknya Ika Latif ,lagu ini diadun dalam acuan moden dan segar, selari dengan arus perdana, KLIA memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur cinta dalam liriknya yang disifatkan sesuai citarasa remaja. Tambah pula lirik ini di inspirasikan dari kisah benar percintaan orang sekeliling kami, tambah Ika.
"Najwa mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan catchy. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap kematangan selari dengan umurnya kini berusia 24 tahun," ujar Najwa .
Sememangnya, Najwa ingin kerjayanya berjaya dalam kedua-dua bidang yang diceburinya sebagai penyanyi dan pelajar, Najwa juga berhasrat untuk melanjut pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran tidak lama lagi
Comments
Post a Comment