KOLEKSI TUDUNG STARBUCKS X NAELOFAR KINI DI PASARAN



Starbucks mengumumkan kolaborasi kedua bersama selebriti dan usahanita, Neelofa; dengan pelancaran koleksi tudung eksklusif bersama Starbucks. Koleksi Starbucks X Naelofar ini diilhamkan daripada warna Starbucks Frappucino dan boleh didapati di kedai-kedai Starbucks yang terpilih. 


Sebagai tribut kepada minuman signatur Starbucks Frappuccino iaitu Chocolate, Caramel dan Green Tea, koleksi Starbucks x Naelofar menampilkan warna-warna lembut dan malar segar sperti warm brown, soft beige dan pastel green


Dibungkus dalam replika bekas tumbler Starbucks yang comel, tudung-tudung boleh dijadikan sebagai aksesori yang versatil untuk melengkapkan gaya anda.


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang, Starbucks juga telah melancarkan edisi terhad patung Malaysian Tiger Bearista. Patung ikonik Starbucks Bearista memakai onesie Harimau sebagai tribut kepada Harimau Malaya, yang kini satu spesies yang terancam. 


Di pasaran mulai 5 Ogos, koleksi tudung Starbucks x Naelofar  berharga RM75 sehelai dan RM1 dari setiap pembelian akan didermakan kepada badan amal pilihan Neelofa.

Patung Malaysian Tiger Bearista berharga RM88. Dapatkan koleksi tudung Starbucks x Naelofar dan Malaysian Tiger Bearista di kedai-kedai Starbucks berdekatan anda sementara stok masih ada. 

Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA