Hujung minggu menjadi semakin hangat di restoran Cedar on 15 di aras bumbung Impiana KLCC! Setiap Jumaat dan Sabtu, elakkan kesesakan lalulintas dengan berkunjung ke bufet BBQ Grill and Chill di Cedar on 15.
|
Cedar on 15 di aras 15 Hotel Impiana KLCC |
Para pengunjung bakal disajikan dengan hidangan bufet BBQ yang dibakar segar berlatar-belakangkan pemandangan panorama Kuala Lumpur yang indah. Band Harmony & Rhythm bakal menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu popular. Bersedialah untuk makan malam yang santai sambil beristirehat dengan makanan yang enak dan hiburan.
|
Band Harmony & Rhythm bakal menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu popular. |
|
Nikmati hidangan bufet BBQ yang dibakar segar berlatar-belakangkan pemandangan panorama Kuala Lumpur. |
Grill and Chill menampilkan pelbagai jenis salad dan pembuka selera termasuk Coleslaw, Waldorf Salad, Potatoes Salad with Eggs and Scallions untuk dinikmati sebelum hidangan utama. Rasai sup yang panas-panas seperti
Cream of Roasted Pumpkin Soup with Croutons (pada hari Jumaat) dan
Seafood Chowder with Garlic Crostini (pada hari Sabtu).
|
Pelbagai sald pembuka selera |
Hidangan utama enak yang menanti adalah seperti
BBQ Beef Ribs with Pineapple; Rosemary and Garlic Lamb Shoulder; Thüringen Chicken, Beef Frankfurters and Chicken Cheese Kransky grilled sausages with Onions and Tomatoes; Herb Lemon Marinated Blue Emerald Fish, Chilli Coriander Spiced XO Prawn Skewers; Grilled Butter Garlic Blue Crab and Fish Brochettes with Onions, serta hidangan sampingan seperti Mac ‘n’ Cheese, Butter Mashed Potatoes, Sauté Vegetables dan Baked Beans.
|
Ketam dan udang bakar |
|
Rosemary and Garlic Lamb Shoulder |
|
Ayam bakar dan sosej panggang |
|
BBQ Beef Ribs with Pineapple |
Sebagai pelengkap hidangan, pelbagai pencuci mulut akan disediakan seperti buah-buahan Tropika,
French pastries, Opera Cake, Chocolate Mousse, Bread and Butter Pudding with Vanilla Sauce dan empat perisa aiskrim Baskin Robbins.
|
Aneka kek dan manisan |
|
Hirisan buah-buahan Tropika segar |
Bufet BBQ Grill and Chill barbeque boleh didapati di Cedar on 15, level 15, Impiana KLCC Hotel setiap hari Jumaat dan Sabtu dengan harga RM128+ seorang bermula jam 7.00 petang – 11.00 malam.
|
Pemandangan Kuala Lumpur yang indah dari Cedar on 15 |
Kepada yang bukan Muslim, bufet beer juga disediakan dengan harga RM79+ seorang dari 6.00 petang – 8.00 malam.
Untuk tempahan sila hubungi Cedar on 15 di talian 60-3-2147 1111 / +60-11-1616 4001 (Cedar on 15) atau emel: cedaron15.iklcc@impiana.com .
Comments
Post a Comment