SKECHERS BAKAL MEMERIAHKAN ACARA "SNEAKERLAH"
Skechers, jenama kasut kegemaran ramai bakal mengambil bahagian di acara SneakerLAH, satu acara untuk penggemar sneaker yang terbesar di Malaysia. Kembali untuk tahun kelima, acara ini bakal mengumpulkan pencinta-pencinta kasut sneakers dan fesyen jalanan dari serata Malaysia.
Untuk memeriahkan acara SneakerLAH, Skechers bakal menghoskan beberapa aktiviti yang seronok di sana seperti petunjukan lukisan grafiti secara langsung oleh Cloakwork – seorang artis grafiti yang tidak asing lagi di Malaysia dan persembahan tarian yang lincah bergaya sinonim dengan tema Skechers iaitu Energize with Us. Terdapat juga permainan kinetik dan juga gerai foto untuk para pengunjung.
Sempena pameran SneakerLAH, Skechers bakal memperkenalkan koleksi kolaborasi eksklusifnya bersama LA Gear, sebuah jenama sukan old-school yang menampilkan rangkaian Slammer range – sneaker fesyen wanita pertama yang diinspirasikan oleh bola keranjang. Diperkenalkan dalam tahun 1988, rangkaian Slammer yang telah diperbaharui ini menampilkan warna-warna pop yang terang di bahagian piping di jenama LA Gear di bahangian kolar dan heel panelling. Kolaborasi ini juga menampilkan teknologi air-cooled memory foam. LA Gear x Skechers bakal dilancarkan dalam tahun 2020 dan boleh didapati dalam tujuh warna yang berlainan.
Skechers juga bakal memperkenalkan koleksi edisi terhad untuk ulang tahun rangkaian Energy, peneraju di dalam trend chunky sneakers. Dilancarkan dalam tahun 1999, Skechers Energy menampilkan tapak luar (outsole) yang unik, berbeza dengan kasut-kasut lain di pasaran ketika itu. Sempena ulang tahunnya yang ke-20, Skechers bakal membawa kembali sebuah koleksi versi remastered rangkaian Energy yang asli.
Di pameran SneakerLAH juga, para pengunjung boleh mencuba siri Skechers Stamina yang menggabungkan prestasi dan keselesaan dalam satu dengan teknologi memory foam. Dengan rekaan tapak unik dwi-tona dan gaya colour-block, Stamina adalah salah satu kasut yang paling mudah dikenali daripada jenama Skechers. Santai tetapi versatil, Stamina boleh digayakan secara dressed up atau dressed down bergantung kepada majlis. Rangkaian Stamina ini boleh didapati di kedai-kedai Skechers, gedung jualan yang terpilih dan untuk hujung minggu ini sahaja, di booth SneakerLAH Skechers.
Kunjungilah booth Skechers di pameran SneakerLAH untuk menyaksikan kehebatan Cloakwork melukis grafiti secara langsung pada jam 11 pagi dan tarian Skechers Energize with Us pada jam 1:30 petang. 100 pengunjung pertama pada hari Sabtu dan Ahad berpeluang untuk memenangi baucer bernilai RM50. Pembeli kasut di booth Skechers akan menerima seutas rantai leher Energy dan sama ada kantung atau beg jerut apabila mereka berkongsi gambar yang diambil di gerai foto dengan hashtag @SkechersMalaysia #SkechersMY during SneakerLAH.
Comments
Post a Comment