ADA APA YANG ROMANTIK KAT IFLIX FEBRUARI NI?



Tidak ada maksud yang paling tepat untuk mendefinisikan cinta ni kan? Maklumlah, setiap orang dengan latar belakang yang berbeza, akan memberikan definisi cinta yang tidak sama…macam-macam kisah drama cinta yang kita tengok sekarang ni. Kejap sayang, kejap benci, kejap romantik, kejap bergaduh. Begitulah demi mendapatkan cinta paling agung. 

Kat iflix ni memang banyak je cerita yang cetus kontroversi yang anda boleh tonton PERCUMA jer! Antara drama yang masih boleh ditonton di iflix secara PERCUMA adalah Ombak Rindu The Series, Nur 2, Kerana Dia Manusia Biasa, dan banyak lagi! 

Mac nanti, jangan terlepas saksikan filem Dua Garis Biru di iflix. Dahlah percuma, anda siap boleh download dan boleh tengok pada bila-bila masa saja. Jom layan iflix.com


Ramai tak puas hati dengan Ustaz Hamadi kan? Jom layan Nur 2 di iflix secara PERCUMA! Korang takkan bosan, sebab ni antara drama fenomena yang berhantu sampai nitizen sendiri non-stop membawang di socmed! 

NUR 2 
Drama fenomena yang dinobatkan Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2018, Nur 2 masih boleh ditonton di iflix secara PERCUMA! Drama lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli yang juga pemenang Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian ASK 2018 kini boleh ditonton setiap hari pada bila bila masa sahaja di iflix! 


Tonton Secara PERCUMA di iflix: 



Kepada peminat novel Ombak Rindu, ada yang belum follow cerita Ombak Rindu The Series ker? Apakata korang tengok sekarang di iflix! 

Ombak Rindu The Series merupakan drama iflix yang sedang hangat diperkatakan! Drama siri ini menampilkan pelakon seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Diana Danielle, Hanna Aqeela, Fahrin Ahmad dan Uqasha Senrose. Dari penerbit filem Sangkar,Ombak Rindu The Series menceritakan kisah cinta agung, Hariz (Remy Ishak) dan Izzah (Izara Aishah) yang sehingga kini amat sempurna. Tetapi kebahagiaan mereka diancam dengan kembalinya sebuah rahsia silam. 

Tonton OMBAK RINDU THE SERIES: https://www.iflix.com/title/show/18996



Orang yang suka mengumpat orang lain ni memang takda kerja lain ker? Ada yang jadi mangsa disebabkan FITNAH. Minta jauh jumpa manusia macam ni. Drama Kerana Dia Manusia Biasa ni banyak pengajaran yag boleh korang pelajari. Jangan lupa tengok kat iflix PERCUMA! 

Kerana Dia Manusia Biasa merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil karya novelis Wan Nur Najihah.Drama ini menggandingkan Emma Maembong dan Shukri Yahaya sebagai teraju utama. 

Disebabkan oleh kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia (Ku Zara Eryna). Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Sebanyak 15 episod di iflix yang boleh anda layan! 

Tonton KERANA DIA MANUSIA BIASA : https://www.iflix.com/title/show/18228

Dah tengok ke belum filem Dua Garis Biru? Mesti ada yang tak puas lagi nak layan movie Dua Garis Biru kan? Kalau macam tu kene lekluuuu…di iflix gais! Saksikan filem viral dan box office Dua Garis Biru secara PERCUMA di iflix pada bulan Mac nanti. 

DUA GARIS BIRU 

Filem ini mengisahkan kisah penjalanan hidup dan percintaan seorang gadis remaja bernama Dara lakonan Zara JKT48 dan Bima lakonan Angga Yunanda. Filem ini banyak menekankan tentang persefahaman dan kejujuran dalam perhubungan dan pengajaran yang boleh diperolehi antaranya hubungan bersama keluarga, rasa tanggungjawab dan paling utama pendidikan seks dikalangan remaja amatlah penting. 


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO