PEMENANG CABARAN 30 HARI NESTLÉ OMEGA PLUS DIUMUMKAN



Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS yang kembali untuk tahun kedua pada April lalu telah melabuhkan tirai baru-baru ini dengan mengumumkan peserta yang mencapai penurunan kolesterol tertinggi dalam tempoh 30 hari.
Khairul Anuar Muhammad dari Kuala Terengganu, Terengganu telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama dengan catatan rekod penurunan 50 peratus kolesterol menewaskan hampir 2,000 peserta lain. Beliau diterbangkan ke New Zealand untuk menikmati percutian tujuh hari enam malam bernilai RM20,000. 

Kolesterol tinggi kekal faktor utama risiko penyakit jantung yang menjejaskan satu daripada dua rakyat dewasa Malaysia. Namun yang lebih membimbangkan ialah sikap acuh tak acuh, di mana hampir 40 peratus daripada rakyat Malaysia yang menghidap kolesterol tinggi tidak mengetahui status mereka.

Menyedari hakikat ini, Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS versi 2.0 telah menggalas misi yang lebih besar untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya berkata #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi. 

“Saya sudah menyedari bahawa saya menghidap kolesterol tinggi sekitar lima tahun yang lalu, tetapi saya tidak mengambil sebarang tindakan kerana pada ketika itu saya rasa diri masih lagi muda dan sihat. Namun setelah mendirikan rumah tangga dan kini baharu sahaja bergelar bapa, saya menyedari kepentingan menjaga kesihatan diri dengan lebih baik. Justeru, selepas seorang rakan memperkenalkan Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS kepada saya, saya membuat keputusan untuk mengambil bahagian sebagai langkah pertama untuk mengurus kesihatan jantung saya,” kata Khairul Anuar. Juruaudit berusia 32 tahun itu memulakan perjalanan kesihatan jantungnya dengan NESTLÉ OMEGA PLUS pada bulan Ramadan. 

“Ini kerana saya ingin mengubah gaya hidup saya secara berperingkat, terutamanya pemakanan saya untuk mencapai sasaran kesihatan saya. Saya mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS with Oats dua kali sehari ketika sahur dan berbuka puasa. Isteri saya yang juga penyokong nombor satu saya turut menghidangkan masakan yang sihat di rumah, di samping menggalakkan saya untuk berbasikal dua kali sehari. Sebelum menyertai cabaran ini saya langsung tidak aktif.” 

Berkat usaha dan kegigihan beliau, bacaan jumlah kolesterol berjaya diturunkan dari 8.42 mmol/L (bacaan normal 6.21 mmol/L ke bawah) ke 3.73 mmol/L dalam hanya 30 hari. 

Selain itu, beliau juga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kg dengan mengekalkan tabiat pemakanan sihat serta gaya hidup aktif. 

“Ramai menganggap bahawa kolesterol tinggi hanya menjejaskan golongan yang sudah berumur. Namun, sayalah bukti bahawa masalah kesihatan ini tidak mengenal usia. Saya berterima kasih kepada NESTLÉ OMEGA PLUS kerana memperkasakan rakyat Malaysia seperti saya untuk mengurus kesihatan jantung dan berkata #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi.” 

Selepas menyertai Cabaran 30 Hari, Khairul Anuar meneruskan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS dengan pemakanan yang seimbang. Selain berbasikal, beliau turut kekal aktif dengan aktiviti berjalan pantas di sekitar taman rekreasi bersama keluarga pada hujung minggu. 

Sementera itu, pemenang tempat kedua, Khaujahrubiah Ngah mendapat tahu tentang Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS daripada adiknya. Guru sekolah menengah berusia 41 tahun dari Alor Star, Kedah itu telah memenangi percutian lima hari empat malam ke Jepun yang bernilai RM10,000. 

Beliau berjaya menurunkan bacaan kolesterolnya melalui pemakanan yang seimbang dan senaman secara tetap, di samping pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS dua kali sehari. Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS versi 2.0 menegaskan kepentingan pengurusan kolesterol secara proaktif dengan menyediakan akses ujian kolesterol darah bermutu tinggi untuk rakyat Malaysia yang ingin mengorak langkah menuju kesihatan jantung yang lebih baik. 

Dianjurkan dengan kerjasama BP Healthcare Group, Institut Jantung Negara (IJN) dan Yayasan IJN, kempen ini telah berlangsung dari April hingga September 2019. Setiap bulan, tiga peserta yang mencatatkan penurunan kolesterol tertinggi menerima hadiah bulanan setiap seorang bernilai RM1,250 berupa produk NESTLÉ OMEGA PLUS, pakej kesihatan IJN, analisis komposisi badan BP serta jam tangan kecergasan (fitness watch). 

Dua peserta yang mencapai peratus penurunan kolesterol yang tertinggi secara keseluruhan masing-masing telah merangkul hadiah pertama dan kedua. 

“Kami berbesar hati dengan sambutan yang menggalakkan terhadap Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS versi 2.0. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada para peserta kerana menjadikan NESTLÉ OMEGA PLUS pilihan kesihatan jantung mereka. Kami amat teruja dengan kegigihan yang ditonjolkan oleh para pemenang yang telah sama-sama berkata #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi. Semoga pengalaman mereka menyahut cabaran kami untuk menurunkan kolesterol akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengurus kesihatan jantung dengan lebih baik,” kata Kumaran Nowuram, 

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu & MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad. Sebagai peneraju kesihatan jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk membuat perubahan yang kecil tetapi berkesan terhadap kesihatan jantung mereka, bermula dengan pemeriksaan kolesterol berkala. 

Di samping mengamalkan pemakanan yang sihat dan senaman secara tetap, pengambilan dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari terbukti berkesan untuk mengurangkan kolesterol. NESTLÉ OMEGA PLUS mengandungi sterol tumbuhan yang dapat menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah dengan berkesan, sekaligus mencegah kolesterol tinggi. 

Untuk berkata #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi dan menjaga kesihatan jantung anda dengan NESTLÉ OMEGA PLUS, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI