GUARDIAN MALAYSIA UMUM KERJASAMA BERSAMA MARY JARDIN

Pemenang Guardian's The Face of Healthy Beauty, dari kiri Yasmin Khalid, Karyll Chee dan Amy Ghani menerikan majlis pelancaran 

Guardian, peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini mengumumkan kerjasama dengan rakan strategik terbaru mereka, Mary Jardin, satu jenama yang semakin meningkat naik di kalangan penjagaan kulit semulajadi. 

Melalui kerjasama ini, Guardian menjadi salah satu platform bagi mengedarkan produk keluaran Mary Jardin. Walaupun teknologi memainkan peranan penting buat masa kini bagi menjana hasil perniagaan, Mary Jardin menyedari keperluan untuk memudahkan pembelian produk melalui kehadiran “Peony Set” di rak-rak lebih dari 130 stor Guardian di seluruh negara. Guardian juga mempunyai akses dalam menyediakan rangkaian produk penjagaan kulit semulajadi kepada peminat produk natural. 

Dr Maryam Aziz, Pengasas Mary Jardin 

Atas permintaan pengguna tegar produk semula jadi, Mary Jardin bersama tagline “Every Woman’s Dream” Mary Jardin menyahut cabaran untuk menghasilkan rangkaian produk ketiga mereka eksklusif hanya di Guardian, menampilkan bunga Peony sebagai asas penting formulasi. Mary Jardin Peony Bouquet diperkaya dengan bahan-bahan natural terbaik dan digabungkan dengan formulasi unik yang akan menyembuhkan, memulihkan dan mengekalkan keadaan kulit yang terbaik. 

“Saya berasa amat teruja dengan kolaborasi ini kerana ia membuka lebih banyak peluang untuk pengguna membeli barangan penjagaan kulit yang sememangnya semula jadi dan diberi kepercayaan oleh pihak Guardian untuk berada dekat dengan pengguna memudahkan lagi mereka mendapatkan produk kami. Saya amat membenci “greenwashing”, di mana produk yang mendakwa dari penghasilan natural tetapi mengandungi bahan bahan kimia. Kami, di Mary Jardin memformulasikan formula sendiri, “product sourcing” dan memilih bahan-bahan semula jadi yang terbaik dan menghasilkan produk Mary Jardin di kilang GMP kami sendiri di Kedah. Oleh yang demikian, kami mengetahui nilai produk yang kami sampaikan kepada pengguna.” Dr Maryam Aziz, pengasas Mary Jardin. 

Mary Jardin bermula pada tahun 2016, dengan produk buatan sendiri dihasilkan hampir sempurna, semuanya dibuat dengan kasih sayang. Pada hari ini, Mary Jardin mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit yang sesuai dengan semua jenis kulit. 

(Kanan) Dr Maryam Aziz menyampaikan Mary Jardin Le Fleur Set kepada Ms Jennifer Wong untuk  menandakan pelancaran Mary Jardin di kedai-kedai Guardian

Walaupun teknologi yang kian membangun, kini lebih ramai yang berbalik kepada cara hidup asas, dan lebih fokus kepada kesejahteraan hidup serta “clean-eating”. Maka, ianya tidak mengejutkan jika ada pengguna ingin meneruskan rutin penjagaan kulit dengan memilih produk penjagaan yang lebih semula jadi. Walaubagaimanapun, Mary Jardin memahami kebimbangan pengguna produk semula jadi iaitu tiada hasil yang memuaskan dan tidak berkesan seperti penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia. Tetapi jangan risau! Mary Jardin berjaya menyelesaikan kerisauan ini dengan menghasilkan produk secara semula jadi yang memang berkesan. Mary Jardin amat menitikberatkan proses penyediaan produk semulajadi yang berkesan, kesegaran yang berkekalan, serta bersih dan suci pada harga yang sangat berpatutan. 

Peony Set dari Mary Jardin terdapat di Guardian yang terpilih berhampiran anda, memudahkan pencarian pengguna dalam menerokai produk penjagaan kulit semula jadi. Produk kecantikan yang diformulasikan secara saintifik dan organik adalah asas kewujudan Mary Jardin, dengan tujuan utama kami adalah untuk mentakrifkan semula standard produk natural dalam industri kecantikan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM