KUTIPAN BOX OFFICE FILEM EDARAN LOTUS FIVE STAR CECAH 59 JUTA



Tahniah diucapkan kepada filem Ip Man 4 The Finale dan All's Well End's Well 2020 yang telah mencapai rekod kutipan box office yang amat memberangsangkan tahun ini di Malaysia. Filem kung fu Ip Man 4 The finale telah memecahkan rekod Filem Berbahasa Cina Dengan Kutipan Box Office Yang Tertinggi dengan jualan tiiket RM37 juta; sementara filem Tahun Baharu Cina, All's Well End's Well 2020 mendapat kutipan box office sebanyak RM6.2 juta. 


Di bulan Disember 2019, Penerbit Raymond Wong telah datang ke Malaysia untuk promosi filem Ip Man 4 The Finale bersama bintang utamanya, Donnie Yen, pelakon sampingan Danny Chan dan penulis skrip, Edmond Wong.

Semasa promosi filem tersebut, mereka telah berjanji jika filem Ip Man 4 The Finale dapat memecahkan rekod ‘Ip Man 3’, mereka akan kembali ke Malaysia untuk meraikan kejayaan filem tersebut di dalam sebuat majlis penghargaan.

Berpegang kepada janji, Raymond Wong telah kembali ke Malaysia bersama dua pelakon "All's Well End's Well 2020", Dada Chan dan Adam Pak untuk menghadiri majlis makan tengahari penghargaan pada 17 Februari 2020 bersama pihak pawagam, media, rakan niaga dan para tetamu.


Syarikat penerbitan filem yang terkenal, Mandarin Motion Pictures Ltd, HK telah menerbitkan banyak filem-filem berbahasa Cina yang mendapat sambutan yang hebat daripada penggemar-penggemar filem. Antaranya adalah "Ip Man 4 The Finale", "All's Well End's Well 2020", "Master Z: TheIp Man Legacy", "P Storm", "Invincible Dragon" dan sebagainya. Dalam tempoh 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2020, jumlah besar kutipan box office filem-filem tersebut yang diedarkan di Malaysia oleh  Lotus Five Star telah melebihi RM59 juta!


Di majlis makan tengahari penghargaan, Raymond Wong, Dada Chan, Adam Pak, dan pihak pengurusan Lotus Five Star , CEO Datuk R. Doraisingam Pillai dan Pengarah Mr Garuna Murthee telah menyerikan majlis dengan upacara memecahkan ais dan champagne-toasting, sebagai lambang bagi peningkatan dalam filem-filem terbitan Mandarin Motion Pictures pada masa akan datang dari segi prestasi di box office. Ia juga meraikan kerjesama yang berterusan bersama Lotus Five Star untuk memperkenalkan lebih banyak filem-filem yang bermutu kepada penonton-penonton di Malaysia. 


Pihak pengurusan Lotus Five Star, CEO Datuk R. Doraisingam Pillai dan Pengarah Mr Garuna Murthee telah menyampaikan cenderahati kepada wakil-wakil dari pawagam tempatan untuk menghargai sokongan mereka yang berterusan. Cabutan bertuah untuk semua tetamu yang hadir turut dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberikan kepada Lotus Five Star.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING