SENSASI CORNETTO BLACK HOJICHA BAKAL MEMPESONA MALAYSIA.



Cornetto bakal memperkenalkan sajian aiskrim serba baharu yang menampilkan gandingan tekstur serta perisa yang unik, ia bakal menjadi snek pujaan ramai untuk tahun 2020. Diilhamkan oleh negara Jepun, aiskrim Cornetto Black Hojicha™ yang mesra Instagram ini membariskan gandingan aiskrim berperisa Hojicha yang berkrim, kon wafel coklat yang rangup, berserta sos coklat gelap yang manis dalam kon aiskrim ini.


“Cornetto sentiasa dilihat sebagai simbol cinta, aiskrim kami ialah titian yang menyatukan hati insan-insan yang berlainan latar belakang. Dengan Cornetto Black Hojicha™, kami mahu membawa snek pencuci mulut yang unik ini ke aras yang baharu. Aiskrim yang memetik inspirasi daripada negara Jepun ini hadir dengan tekstur dan perisa yang luar biasa, ia pasti dapat mencetus keterujaan apabila dinikmati bersama insan tersayang,” ujar Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia. 

Aiskrim Cornetto Black Hojicha™ menerapkan elemen-elemen yang berunsurkan negara Jepun, bukan sahaja dari segi perisa, malah pempakejannya juga. Pembalut aiskrim ini diembos dan diserikan, sementara perisanya disulami dengan keharmonian rasa coklat dan Hojicha panggang. 


Sempena musim perayaan cinta ini, Cornetto akan berganding bahu dengan dua penggubah bunga tanah air yang terkemuka untuk menghasilkan jambak bunga berinspirasikan Cornetto Black Hojicha edisi terhad yang ikonik. Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung dari 1 Februari hingga 15 Februari 2020, kedua-dua penggubah bunga berkenaan (50Gram dan Ed’s Fleur) akan menghasilkan jambak bunga yang istimewa diilhamkan oleh aiskrim Cornetto Black Hojicha™, dan semua jambak bunga yang dipesan oleh para pelanggan dalam tempoh kempen ini akan dibalut dengan kertas pembalut bertemakan Cornetto Black Hojicha untuk menzahirkan sebuah penampilan yang lebih mempesonakan. 




Bagi setiap jambak bunga yang dibeli sewaktu kempen berkenaan, Cornetto dan 50Gram juga akan mendermakan RM5 kepada sebuah badan kebajikan yang bernama Love Force House. “Raikan musim cinta ini dengan hadiah yang paling menawan buat insan kesayangan anda. Jambak bunga ini menggamit hubungan cinta antara insan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan kepada usaha kebajikan,” tambah Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia. 

Aiskrim Cornetto Black Hojicha™ buat julung kalinya diperkenalkan di pasaran Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia, lantas menjadikan Malaysia negara ketiga di dunia yang membawakan perisa ini. Aiskrim berkenaan dijual pada harga RM3.00 dan boleh didapati di semua outlet peruncit di seluruh negara. 

Layari laman Facebook rasmi Cornetto di https://www.facebook.com/CornettoMalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Aiskrim Black Hojicha oleh Cornetto.




Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!