"SITI DI ALAM FANTASI" TAMPILKAN JANNA NICK SEKALI LAGI



Istana Budaya berbangga mempersembahkan sekali lagi teater muzikal “Siti di Alam Fantasi” bermula 14 hingga 21 Mac 2020, jam 8:30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. 

Seperti yang diketahui umum, “Siti di Alam Fantasi” adalah sebuah nashkah yang tidak asing kepada penggiat seni teater tanah air. Pementasan kali ketiga di Istana Budaya ini diarahkan oleh Aminah Rhapor manakala Pengarah Gerak & Tari adalah Datin Sharifah Mahani dan diterajui oleh pelakon – pelakon terkenal tanah air iaitu Janna Nick, Issey Fazlisham, Atu Zero, Isma Halil Hamzah dibantu Artis Tari Istana Budaya dan barisan pelakon kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Teater “Siti di Alam Fantasi” mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong dan degil. Bapa Siti, Tuan Malim, meraikan hari jadi Siti dengan meriah. Tiba-tiba datang satu bayang besar mencuri geliga keturunan keluarga Siti. 

Akibatnya, Rumah Tuan Malim dan semua tetamu menjadi kaku. Mamat, anak tukang kebun diberi amanah untuk menjaga dan membantu Siti dalam mencari geliga. Gergasi Batu memberitahu bahawa kekayaan mereka datang daripada tuah geliga. Jika tidak menjumpai geliga yang hilang, kelak akan papa kedana tujuh keturunan. 

Kemudian Gergasi Batu menelan Siti dan Mamat dan mereka memulakan pengembaraan. Mereka berjumpa Pokok yang turut menyertai mereka dalam mencari geliga.

Seiring dengan sambutan Visit Malaysia 2020, objektif untuk mempromosikan seni persembahan yang memfokuskan kepada genre teater dijangka dapat memberi impak yang positif kepada imej industri teater tanah air. Selain itu, pementasan teater kanak – kanak ini merupakan satu produk seni pentas bertaraf dunia dan dapat memartabatkan seni persembahan teater kanak-kanak ke tahap yang lebih cemerlang setanding dengan teater – teater lain di peringkat antarabangsa.

Teater ini memaparkan identiti Malaysia yang banyak menyentuh aspek kemasyarakatan, kecintaan kepada keluarga dan elemen kasih sayang. Sepanjang pementasan ini juga, para penonton akan dapat menyaksikan pelbagai kostum berwarna-warni, set dan props yang menarik serta perjalanan cerita yang penuh keajaiban.


Harga tiket bermula dari RM38, RM48, RM58, RM68, RM78, RM88, RM99 dan RM108 boleh dibeli melalui dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com bermula 23 Januari 2020 atau terus ke Kaunter Box Office Istana Budaya dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang bermula 24 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020 (hujung minggu, 10 pagi hingga 9 malam) dan 10 pagi hingga ke 9 malam sepanjang pementasan berlangsung. Terdapat diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal tiket untuk pelajar, warga emas dan OKU.




Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI