"SYOK REMANG” - DRAMA AUDIO SERAM BAHASA MELAYU

Peminat-peminat genre seram kini boleh menerokai pengalaman seram yang baharu, dengan siri “SYOK Remang”, drama audio seram yang pertama dalam Bahasa Melayu, di Malaysia, eksklusif di aplikasi SYOK.
“SYOK Remang” memanfaatkan minat serta kecenderungan golongan masa kini yang masih mencari-cari kisah seram tradisional, serta meneruskan aspirasi Astro Radio untuk membawakan satu lagi pengalaman baharu radio digital melalui SYOKcast (podcast). Drama audio ini bukan sahaja bertujuan menghiburkan, malah juga unik, asli dan provokatif dengan jalan penceritaannya yang engadun dan mengolah kembali kisah-kisah yang terisi dengan representasi makhluk-makhluk mistik, untuk membawa para pendengar ke dimensi lain yang mendebarkan.
Di samping itu, kisah-kisah yang dipaparkan dalam “SYOK Remang” menyentuh isu-isu sosial yang sedang melanda masyarakat kita dengan mesej di penghujung ceritanya, sebagai renungan dan teladan.
Episod 1 sudah disediakan di aplikasi SYOK, dalam kategori “SYOKCasts” dan peminat-peminat boleh dengarkan episod-episod “SYOK Remang” seterusnya setiap hari Khamis.
Siri “SYOK Remang” ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As'ari, pakar industri komunikasi dan video, dan disuarakan oleh Rosie Haslinda Nasir.
SINOPSIS EPISOD-EPISOD “SYOK Remang”
|
TAJUK EPISOD
|
SINOPSIS & MAKLUMAT LANJUT
|
Episod 1: Hantu
Buluh Hutan Kuala Boh
|
Sekumpulan
pelajar mengganggu makhluk-makhluk yang berumah dan bersuaka di Kem Hutan
Kuala Boh, melepaskan sesuatu yang telah lama senyap…
Dengar di
aplikasi SYOK sekarang!
|
Episod 2: Bahana
Memakai Susuk
|
Mak Cik Salmah
yang ersam lagi lentik mempunyai satu rahsia gelap yang lama simpan di dada.
Adakah rahsia Mak Cik Salmah akhirnya terbongkar dengan penduduk Kampung
Tualang?
Dengar di
aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 27 Februari!
|
Episod 3: Misteri
Janin Menangis Di Rumah Sewa No. 43
|
Tiap kali senja
menjelang Maghrib, pasti perkara-perkara pelik berlaku di rumah sewa no. 43.
Adakah ia tinggalan penghuni sebelumnya?
Dengar di
aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 5 Mac!
|
Episod 4: Bertemu
Dengan Saka Harimau
|
Seperti anak muda
biasa, Harry & Ojah tak percaya cerita-cerita lapuk datuk mereka, tapi
satu pertembungan tengah malam menukar fikiran kedua-duanya…
Dengar di
aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 12 Mac!
|
Episod 5:
Diganggu Penunggu Hotel
|
Epul, Shiena,
& Mel tiga sepupu ingin rileks dan habiskan cuti semester mereka ersama
keluarga di Port Dickson, tetapi lain yang dihajat, lain yang dapat…
Dengar di
aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 19 Mac!
|
Comments
Post a Comment