TRAVELODGE - HOTEL JENAMA ANTARABANGSA PERTAMA DI IPOH



Travelodge Hotels Asia (TLA), iaitu salah satu syarikat hotel kelas pertengahan yang berkembang paling pesat di Asia, terus melebarkan sayap di Malaysia dengan melancarkan hotel keempatnya, Travelodge Ipoh. Hotel ini yang dahulunya dikenali sebagai Heritage Hotel Ipoh dibuka hari ini susulan penjenamaan semula dan kerja pembaharuan. 

Ipoh yang merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia semakin mendapat tempat dalam hati pelancong domestik dan antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai destinasi pelancongan, disebabkan pelbagai faktor termasuk warisan kolonial dan budaya yang kaya, pelbagai tarikan semula jadi dalam Ipoh dan kawasan di sekitarnya, serta akses mudah melalui lapangan terbang antarabangsa tersendiri. Malah, industri pelancongan bandar ini dijangka akan terus meningkat seiring usaha pentadbiran Perak melancarkan pelbagai inisiatif di bawah kempen ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’. 

“Kami teruja menyambut tahun 2020 dengan pembukaan hotel Travelodge keempat di Malaysia. Perkembangan kami ke Ipoh didorong keyakinan terhadap prospek pertumbuhan Ipoh, yang dijangka akan menjadi antara destinasi utama di Malaysia dalam beberapa tahun bakal datang,” kata Pengarah Urusan Travelodge Hotels Asia, Encik Marcus Aw. “Sejajar usaha agresif kerajaan untuk merangsang pelancongan Malaysia dan menarik 30 juta pengunjung antarabangsa, kami yakin wujudnya ruang pertumbuhan sangat besar khususnya untuk jenama hotel kelas pertengahan global yang dapat memenuhi keperluan pelancong yang mementingkan harga murah. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan jenama Travelogue kepada bandar-bandar lain seperti Kota Kinabalu, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan membina portfolio kami selari dengan sasaran kami untuk membuka 15 hotel di Malaysia menjelang tahun 2025.” 

Travelodge Ipoh terletak berhampiran zon perniagaan dan beberapa tarikan pelancongan terkenal di Ipoh, misalnya Concubine Lane, Mural Art Lane, Tokong Perak Tong, Kellie’s Castle dan Gua Tempurung. Ia menawarkan 268 bilik yang telah diperbaharui dalam lima kategori, iaitu Superior, Deluxe, Premier, Family Deluxe dan Family Suite, bagi memenuhi keperluan pengunjung yang datang baik untuk tujuan perniagaan mahupun percutian. 

Selain itu, hotel ini menawarkan 2 bilik mesyuarat, 3 dewan tari-menari, serta sebuah dewan tari-menari besar, sekaligus menjadikannya lokasi ideal untuk mesyuarat, insentif, persidangan, dan pameran (MICE). Pelbagai fasiliti lain ditawarkan termasuk WiFi berkelajuan tinggi, TV satelit, laundromat layan diri, gimnasium, kawasan permainan kanak-kanak, serta The Lodge yang berfungsi sebagai ruang komunal multi fungsi dan ruang makan, untuk memberikan pengalaman Travelodge Ipoh yang menjanjikan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan. 

Mengukuhkan kehadiran dalam pasaran Malaysia 

Menerusi pembukaan hotel keempatnya dalam tempoh kurang daripada 18 bulan, TLA menegaskan komitmen dan keyakinannya terhadap pasaran hotel di Malaysia. Pembukaan Travelodge Bukit Bintang pada tahun 2018 telah diikuti dengan pembukaan tiga lagi hotel masing-masing di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh, iaitu Travelodge City Centre, Travelodge Georgetown dan Travelodge Ipoh terbaharu. 

“Kami amat positif dengan prospek jangka panjang kami dalam pasaran ini. Berbekalkan empat hotel dengan infrastruktur yang kukuh, termasuk sebuah pasukan tempatan berkaliber yang dibimbing oleh pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dalam industri serta sokongan bakat muda yang dinamik – kami berada di landasan kukuh untuk mempercepat dan memacu aspirasi pertumbuhan kami di seluruh Malaysia,” tambah Encik Aw. 

Travelodge Hotels Asia adalah antara syarikat hotel kelas pertengahan antarabangsa yang berkembang paling pesat di Asia. Ia telah membuka 13 hotel di sembilan bandar, termasuk Bangkok, Batam, Hong Kong, Kuala Lumpur, Pattaya, Pulau Pinang, Singapura, Seoul dan Ipoh dalam tempoh kurang daripada tiga tahun. Syarikat ini bukan sahaja berazam membuka 50 hotel menjelang tahun 2025, tetapi juga menguasai segmen perkhidmatan kelas pertengahan yang terpilih di ibu-ibu negeri serta destinasi-destinasi utama di rantau Asia. 

Mengenai Jenama Travelodge 

Sebagai jenama diiktiraf global dengan warisan sejarah selama 80 tahun, Travelodge mempunyai rangkaian antarabangsa lebih daripada 1,000 hotel di seluruh dunia. Di Asia, jenama ini dimiliki dan dikendalikan secara bebas oleh Travelodge Hotels Asia. Berbekalkan 13 hotel di sembilan bandar di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, Malaysia, Indonesia dan Thailand, semua hotel Travelodge di Asia menjanjikan: 
  • Keselesaan – Kelengkapan yang terbaik disediakan agar tetamu berasa selesa apabila berehat dan bersantai dengan kemudahan bilik kami serta katil-katil yang bermutu tinggi. 
  • Kemudahan – Penginapan yang mudah dengan perkhidmatan yang prihatin untuk membuat pengalaman tetamu lebih selesa. Hotel biasanya berdekatan kawasan kejiranan yang meriah atau hab pengangkutan yang menawarkan akses mudah untuk melihat, melakukan, serta meneroka pelbagai perkara yang mengujakan. Ruang komunal multi fungsi, The Lodge membolehkan tetamu mengadakan mesyuarat, bersarapan, atau menikmati minuman ringan sepanjang hari secara mudah. 
  • Ketersambungan – WiFi berkelajuan tinggi yang percuma menjamin ketersambungan tetamu kami sepanjang penginapan mereka. Di samping itu, pasukan perkhidmatan tetamu kami yang ramah mesra sentiasa bersedia membekalkan pengembara dengan pengetahuan dan tip tempatan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan. 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.travelodgehotels.asia
Instagram: @TravelodgeAsia

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI