UNDER ARMOUR LANCAR BRA SUKAN UA INFINITY



Tahukah anda payudara wanita boleh bergerak 21cm semasa bersenam? Atau pemakaian bra sukan yang salah akan menyebabkan kerosakan kekal kepada payudara anda? UA membawakan inovasi baru yang menangani kedua-dua isu tersebut dengan fungsi sokongan kepada keperluan unik tubuh wanita.


Dalam proses rekaan UA Infinity Bra, Under Armour membuat ujian tekanan bersama pakar kesihatan payudara Dr. Joanna Scurr dan University of Portsmouth di UK untuk mencipta satu bra yang muat kepada tubuh wanita.



Berlainan dengan cara tradisional iaitu memotong dua buah cawan yang berbentuk payudara dari sekeping foam yang leper dan kemudiannya melekat kedua-dua cawan menjadi bra, kumpulan rekaan Under Armour menyuntik cecair foam untuk mendapatkan bentuk yang lebih semulajadi dan ringan.

Cawan yang fleksibel direka untuk mengimbangi impak dari semua tahap dan membentuk acuan semulajadi yang sempurna untuk payudara, terutama ketika dalam pergerakan seperti melompat dan berlari. Ia berfungsi untuk memberi sokongan yang diperlukan tanpa menjejaskan keselesaan.



Kulit boleh “bernafas” dengan lebih selesa dengan adanya liang-liang dalam corak yang direka khas tanpa menjejaskan struktur bra. Fabrik berinovasi tinggi digunakan untuk mencipta bra sukan Under Armour Infinity yang ringan dan mudah kering.

Koleksi UA Infinity Sports Bra boleh didapati dengan harga RM149 - RM259 dalam saiz XS - 3X di underarmour.com.my, dan kedai-kedai terpilih.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!