VIETJET TAWAR DISKAUN 50% UNTUK SEMUA PENERBANGAN DI ASIA



Syarikat penerbangan era baharu Vietjet mengumumkan promosi istimewa terkini yang menawarkan diskaun 50% bagi harga tiket untuk semua penerbangannya. (*). Tiket-tiket promosi boleh didapati sekarang sehingga 29 Februari 2020, memberi peluang kepada para pelancong untuk menikmati pengalaman baharu ke destinasi baharu dengan penerbangan mesra-alam Vietjet. 

Anda hanya perlu menggunakan kod "BOOKNOW50" semasa penempahan tiket bagi mendapatkan diskaun 50%. Ini termasuk semua laluan domestik di Vietnam dan Thailand, dan juga laluan antarabangsa yang menghubungkan Vietnam dengan destinasi-destinasi yang menarik di seluruh Asia – Malaysia, India, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan, Singapura, Myanmar, Cambodia, dan sebagainya. Tawaran ini sah untuk perjalanan dalam tempoh 20 Februari 2020 sehingga 27 April 2020 (**). 

Laluan penerbangan Vietjet Kuala Lumpur – Ho Chi Minh City beroperasi setiap hari. Masa penerbangan bagi setiap sektor adalah selama satu jam dan 55 minit. Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 13:10 petang dan tiba di Ho Chi Minh City pada 14:05 petang. Penerbangan pulang berlepas dari Ho Chi Minh City pada jam 9:30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 12:25 tengahari (semua mengikut waktu tempatan). 

Tiket-tiket promosi boleh didapati di laman web Vietjet www.vietjetair.com, aplikasi mobil “Vietjet Air” dan laman Facebook www.facebook.com/vietjetmalaysia (klik tab “Booking”). Pembayaran boleh dibuat dengan mudah dengan menggunakan kad Visa/ MasterCard/ AMEX/ JCB/ KCP/UnionPay. 

Dengan promosi diskaun istimewa sebanyak 50%, Vietjet mengalu-alukan semua penumpang untuk menyertai program "Lindungi planet kita – Terbang bersama Vietjet". Vietjet memulakan perjalanan baharu ke destinasi baharu sambil memberi inspirasi dan mendorong masyarakat di seluruh dunia untuk berganding tenaga untuk melindungi alam semulajadi, meningkatkan nilai-nilai bertamadun dan mengurangkan risiko malapetaka semulajadi serta wabak penyakit. 

Naib Presiden Vietjet Nguyen Thanh Son, berkata: “Dengan berkembangnya rangkaian penerbangan antarabangsa kami, Vietjet kini menghubungkan banyak destinasi yang baharu, menarik dan selamat dengan kebudayaan yang unik dan indah seperti Tokyo, Osaka, Nagoya, Fukuoka (Jepun), Bali (Indonesia) dan terutamanya New Delhi dan Mumbai, dua hab yang terbesar di India, dengan destinasi hebat di Vietnam seperti Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, dan sebagainya. Dilengkapi dengan pesawat yang moden dan efisien bahan api, penerbangan Vietjet adalah mesra-alam dan akan membawakan pengalaman penerbangan yang baharu di ketinggian 10,000 meter kepada semua penumpang.” 

Sebagai syarikat penerbangan rakyat dan pelancong, Vietjet merupakan peneraju dengan memberi peluang penerbangan kepada jutaan penumpang dari serata dunia, mempromosi revolusi penerbangan dan juga memberi sumbangan sosio-ekonomi kepada destinasi penerbangan Vietjet. Syarikat penerbangan ini sentiasa berusaha untuk memberikan nilai-nilai terbaik kepada komuniti, hari ini dan masa hadapan.

(*) Tidak termasuk cukai dan yuran
(**) Tidak termasuk cuti awam

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA