AMLIFE RAYAKAN HARI TIDUR SEDUNIA 2020
AmLife International Sdn. Bhd. kembali dengan perayaan
Hari Tidur Sedunia buat tahun kelima berturut-turut. Dianjurkan bersama Persatuan
Tidur Sedunia, AmLife hari ini mengetengahkan pameran kesihatan tidur di Palace
of the Golden Horses baru-baru ini.
Dengan berpegang teguh kepada prinsip “Life, Redefined”, AmLife mempelopori pergerakan ini untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal lebih sihat menerusi tidur yang lebih baik dan lena, dengan demikian menambah baik hidup mereka.
Tahun ini merupakan tahun kelima kami menganjurkan pameran kesihatan tidur sempena Hari Tidur Sedunia bersama Persatuan Tidur Sedunia di bawah tema “Menambah Baik Tidur, Kehidupan, Planet”(“Better Sleep, Better Life, Better Planet”) untuk menggalakkan kehidupan yang sihat & berkualiti menerusi tidur yang lebih lena.
Menurut Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, “Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat di rantau ini. Bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama – iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini,” kata Encik Lew.
Teliti
fakta penting berikut!
- Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara dirundung masalah tidur.
- Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend gangguan tidur semakin meningkat, dengan semakin ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.
- 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
- Lebih 53 peratus tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam, dengan sekurang-kurangnya 51 peratus mengalami tekanan berkaitan kerja.
- 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.
Ancaman Maut Disebabkan Kurang Tidur
STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGI
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang
strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama.
OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang
menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur.
KANSER - 47% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati
bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat
kanser adalah 47% lebih tinggi.
JANTUNG - 1.45 LEBIH TINGGI
Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil kajian
mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada 5 jam sehari berdepan dengan
risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari.
Justeru, di satu majlis media, AmLife menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi kefahaman mereka tentang kesihatan tidur.
Cik Rosemary Clancy, Pakar Psikologi Klinikal di Sydney Sleep Centre dan seorang Pakar Psikologi Berdaftar dengan Agensi Pengawalan Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practitioner Regulation Agency) – AHPRA – menerangkan bagaimana tabiat mengambil pil tidur berubah ansur dan kesan jangka panjangnya.
Tahukah anda bahawa selain daripada persekitaran tidur yang betul, makanan yang betul boleh merangsang tidur yang baik? Encik Kerwin Chen, Pakar Pemakanan / Penyelidik Makanan berkongsi pengetahuannya tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah.
Masalah tidur menjana perkembangan pesat dalam industri kesihatan tidur, yang telah menggiatkan industri tidur dan mula menjadikannya industri yang menjana permintaan stabil dan besar-besaran.
Setelah bertapak kukuh dalam industri tidur, AmLife mendedahkan rancangan untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai pakar tidur mutlak. Syarikat ini mempunyai strategi dan pelan perniagaan dalam pasaran tidur. AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih dan menyeluruh, bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan Ampower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut). Rangkaian teknik ant-penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan penuaan sel & menjadikan kulit awet muda, serta membantu pengguna mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.amlife.com.my.
Comments
Post a Comment