CORNETTO X SUPERCREW LANCAR KOLEKSI STREETWEAR



Cornetto dan jenama tempatan, Supercrew telah melancarkan koleksi streetwear yang paling ranggi lagi bergaya untuk tahun 2020 setakat ini. Hadir dengan unsur-unsur negara Jepun dan corak yang diilhamkan oleh aiskrim Cornetto Black Hojicha™ yang mesra Instagram, koleksi ini merangkumi pelbagai jenis pakaian seperti kemeja-T uniseks, jaket, sut dan banyak lagi. 

Aiskrim Cornetto Black Hojicha™ ialah gabungan aiskrim berperisa Hojicha yang berkrim dan kon wafel berwarna hitam yang rangup, berserta sos coklat gelap yang manis; semuanya dibalut kemas dalam satu pakej yang menarik. 


“Sebagai titian yang dapat menyatukan hati insan-insan berlainan latar belakang, kami cuba membawa kelainan dan menyuntik keterujaan menerusi barisan aiskrim kami yang unik. Sementara aiskrim istimewa ini menaik taraf kualiti sajian aiskrim yang dapat diamati oleh orang ramai dengan tekstur dan perisanya yang unik, kami juga ingin mencipta kelainan dengan menjalin kolaborasi yang dapat memberi ilham kepada warga Malaysia untuk berani menyahut cabaran, meluahkan jati diri dan menjalin hubungan yang bermakna. Rentetan itu, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Supercrew kerana mereka mempunyai prinsip yang sama, dan mendorong peminat-peminat mereka untuk turut meraikan sentimen ini dengan penuh gaya,” ujar Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia. 

Koleksi streetwear edisi terhad ini akan disediakan di outlet BWAVE, Mid Valley Megamall dan kedai dalam talian milik Supercrew mulai 16 Mac. Sejumlah 17 rekaan akan dipasarkan, termasuk pakaian dan aksesori fesyen yang berharga antara RM39 hingga RM399, maka warga Malaysia mempunyai pelbagai pilihan untuk meluahkan keperibadian masing-masing dengan cara mereka sendiri. 


Untuk meraikan kerjasama ini, para pelanggan berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah bernilai RM100 daripada BWAVE untuk dibelanjakan ke atas pakaian siar keluaran mereka dengan menyertai peraduan Instagram #MyCornettoBlackHojicha yang akan berlangsung di peringkat nasional. 

Anda boleh menyertai peraduan ini dengan cara berikut: 
  1. Beli Cornetto Black Hojicha™ daripada mana-mana outlet runcit yang berdekatan 
  2. Ambil gambar yang merangkap anda memegang aiskrim Cornetto Black Hojicha™, dan muat naik gambar tersebut ke dalam Instagram bersama titipan tanda pagar #MyCornettoBlackHojicha 
  3. Klik pada tanda pagar #MyCornettoBlackHojicha. Temui peserta-peserta yang lain untuk berkolaborasi bagi tujuan peraduan tersebut, dengan menggabungkan 2 gambar yang setiap satunya diambil oleh masing-masing, untuk membentuk satu gambar yang lengkap 
  4. Muat naik gambar yang telah digabung bersama titipan tanda pagar #CornettoUnexpectedLove dan “tag” pasangan anda dalam “post” berkenaan untuk berpeluang disenarai pendek 
“Dengan hasrat untuk mencetuskan pertalian dan hubungan antara insan, kami berharap warga Malaysia akan mengambil peluang ini untuk mengongsikan perasaan cinta mereka ke atas aiskrim Cornetto Black Hojicha™ serta pakaian siar yang ranggi ini dengan satu sama yang lain,” simpul Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia. 


Aiskrim Cornetto Black Hojicha™ dijual pada harga RM3.00 dan boleh didapati di semua outlet peruncit di seluruh negara. 

Layari laman Facebook rasmi Cornetto di https://www.facebook.com/CornettoMalaysia/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Aiskrim Black Hojicha oleh Cornetto. Perkembangan terkini mengenai peraduan tersebut boleh didapati menerusi tanda pagar #MyCornettoBlackHojicha dan #CornettoUxpectedLove di Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING