EJEN ALI THE MOVIE KINI BERAKSI DI ASTRO FIRST



Peminat EJEN ALI THE MOVIE kini boleh menonton filem blokbuster tersebut di Astro First Saluran 480 dan On Demand.

EJEN ALI THE MOVIE yang pertama kali ditayangkan pada 29 November 2019 lalu merupakan filem terbitan produksi bersama antara Primeworks Studios dan WAU Animation, yang telah berjaya meraih jualan pecah panggung berjumlah RM30.8 juta serta menduduki carta filem Malaysia teratas dalam tahun 2019 dan menjadi filem animasi tempatan nombor satu sepanjang zaman di Malaysia. Selain menjadi tumpuan luar biasa di Malaysia, filem ini juga telah ditayangkan di Singapura, Brunei, dan Indonesia.

Tayangan EJEN ALI THE MOVIE di saluran Astro First membolehkan para pengguna menonton filem animasi hebat ini dalam keselesaan rumah mereka, baik bagi mereka yang terlepas peluang untuk menontonnya di pawagam dan untuk peminat yang ingin menontonnya lagi.

Dengan adanya EJEN ALI THE MOVIE untuk dinikmati melalui Astro First di rumah, Primeworks Studios dan WAU Animation ingin mengingatkan orang ramai untuk menunjukkan penghargaan buat semua tenaga yang telah bekerja keras dalam menjayakan filem itu dengan tidak memuat turun sebarang pautan tanpa kebenaran. Perlakuan itu akan menjejaskan kandungan industri tempatan dan menghalang perkembangan filem seperti EJEN ALI THE MOVIE, yang dengan sendirinya membolehkan syarikat dan individu untuk menghasilkan kualiti pengeluaran yang telah diakui setaraf dengan yang terbaik di pentas global.

EJEN ALI THE MOVIE dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Mydin dan PediaSure, telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM30.8 juta sejak tayangannya pada 28 November 2019.

Untuk maklumat lanjut mengenai EJEN ALI THE MOVIE, layari: 


#EjenAliTheMovie #EjenAli #AniMY

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!