HUAWEI MATE XS DI PASARAN MALAYSIA DENGAN HARGA RM11,111




Telefon pintar 5G boleh lipat yang dinanti-nantikan, HUAWEI Mate Xs bakal berada di pasaran Malaysia mulai 20 Mac, dengan harga RM11,111.

Dilengkapi engsel, Falcon Hinge yang tahan lama dan fleksibel, teknologi Multi-Window, dan dikuasakan oleh chipset Kirin 990 5G – telefon pintar HUAWEI Mate X adalah berprestasi tinggi, pintar dan lain daripada yang lain.

Sempena meraikan ketibaan HUAWEI Mate X di Malaysia, beberapa jenama terkenal telah berganding dengan HUAWEI untuk menawarkan ganjaran melebihi RM150,000 kepada pembeli-pembeli peranti ini dalam tempoh 20 Mac 2020 sehingga 19 Mei 2020.

Bukan sahaja itu, dengan setiap pembelian HUAWEI Mate Xs, anda juga akan menerima sepasang HUAWEI’s Freebuds 3 bernilai RM679 dan sebuah sampul kulit Envelope Leather Case untuk Mate Xs bernilai RM299.

Tontonlah video di bawah untuk mendapatkan reaksi beberapa selebriti Malaysia kepada pengalaman penggunaan pertama Mate Xs.


Update: Selaras Perintah Larangan Pergerakan dilaksanakan kerajaan yang bertujuan mengelakkan pertambahan kes COVID-19 dalam negara ini, HUAWEI membawa tawaran istimewa perkhidmatan penghantaran VIP ke rumah bagi pelancaran jualan Mate Xs terbaharu pada 20 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook.com/HuaweiMobile

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3

TOUS LES JOURS KINI BERTAPAK DI MALAYSIA: CJ FOODVILLE GANDING BAHU DENGAN STREAM EMPIRE HOLDINGS UNTUK LANCARKAN PENGALAMAN BAKERI PERANCIS-KOREA