KOLEKSI SKECHERS X SAILOR MOON KINI DI PASARAN



Jenama kasut antarabangsa SKECHERS telah melancarkan koleksi edisi terhad Skechers X Sailor Moon, yang kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

Koleksi ini memaparkan kasut sneakers di dalam dua gaya berbeza, dengan elemen rekaan ikonik diinspirasi oleh Sailor Guardians, yang mana kedua-dua peminat anime ini dan juga penggemar gaya jalanan akan menghargai sepenuhnya. Selain itu, pakaian terpilih Skechers X Sailor Moon juga turut ditawarkan.

D’Lites Airy 2.0 

Mewakili aura warna Sailor Guardians – Sailor Moon (merah jambu gelap dan biru), Sailor Venus (biru tua dan kuning), Sailor Mercury (biru muda), Sailor Mars (ungu dan merah) dan Sailor Jupiter (merah jambu dan hijau), koleksi ini mengemaskini sneaker bergaya D’Lites Airy 2.0 sedia ada dengan lima pilihan warna baharu. 







Butiran tambahan seperti simbol planet setiap watak terletak pada lidah kasut menambahkan sentuhan yang unik, manakala D’Lites 2.0’s Air Cooled Memory Foam menjadi lapik dalam kasut dan penyerap hentakan pada bahagian tengah lapik memberikan keselesaan semasa anda berjalan atau menari menggunakan kasut ini.

Koleksi D’Lites Airy 2.0 boleh didapati di dalam saiz wanita 5-9 US, harga runcit RM459

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

BAIK PUNYA AH LONG - RAJA DUO KOMEDI MALAYSIA, JOZAN KEMBALI MENGGEGAR PAWAGAM