KUALA LUMPUR TERSENARAI DALAM 50 DESTINASI UTAMA 2020 AIRBNB
Kuala Lumpur dinamakan sebagai salah satu daripada 50 destinasi utama untuk tahun 2020, menyertai bandar-bandar pelancongan popular seperti Tokyo, Bangkok, Paris dan Los Angeles sebagai destinasi dengan ketibaan tetamu Airbnb yang paling banyak ditempah untuk tahun ini.
Hampir dua bulan telah berlalu dalam dekad baru ini dan pelbagai trend perjalanan telah mendapat perhatian. Pengembara sanggup membayar untuk mencari pengalaman yang lebih unik, transformatif dan tidak dapat dilupakan, dari peningkatan pengembaraan berjalan yang mengasyikkan atau pengalaman makanan mesra vegan..
Generasi yang semakin matang sudah mula mengembangkan kuasa pembelian mereka. Di Malaysia dan seluruh Asia Pasifik, tetamu Generasi Z (berusia 24 tahun ke bawah) terdiri daripada segmen tetamu yang paling cepat berkembang untuk Pengalaman Airbnb, dengan tempahan tetamu di rantau ini meningkat lebih daripada 3x setiap tahun2.
Dengan tidak kira dari segi pendapatan atau keluasan jurang umur, berikut ialah empat trend perjalanan yang paling popular dan akan kekal popular tahun ini.
Alam Semula Jadi Memanggil: 2020 ialah Tahun Perjalanan Pengembaraan, dengan Pengalaman riadah trekking yang semakin popular dengan 1,795% tempahan.
Keinginan untuk keluar dari zon keselesaan dan ke belantara telah menonjolkan rasa cinta terhadap alam semula jadi, dengan lebih ramai pengembara merancang untuk membuat perjalanan luaran yang mencabar.
Tempahan untuk Pengalaman Alam Semula Jadi meningkat 103% tahun ke tahun, dan merupakan kategori trend terbaik di seluruh dunia di kalangan Gen Z (190%) dan “baby boomers” (177%). Pengalaman Haiwan dan Pengalaman Kembara juga melihat pertumbuhan yang signifikan, dengan peningkatan tempahan masing-masing 141% dan 128%.
Lebih ramai tetamu menempah Airbnb unik yang memberi mereka peluang untuk berhubung semula dengan alam semula jadi menjadikan Balian Treehouse di Bali, Indonesia dan Saabay Home Thai in The City di Chiang Rai, Thailand antara Airbnb yang paling diinginkan.
Di Asia Pasifik, perjalanan pengembaraan dengan Airbnb semakin meningkat:
● Mulakan perjalanan 1.5 jam dari pejabat Taman Negara Pulau Pinang ke Pantai Kerachut, di mana anda boleh menghabiskan masa jauh dari kesibukan kota.
● Kathmandu, Nepal menempatkan Pengembaraan Airbnb yang paling banyak, daripada perjalanan spiritualiti empat hari melalui Himalaya, hingga pengalaman berjalan kaki dan pelancongan desa di Ghale Gaun yang indah.3
● Tetamu juga berpusu-pusu ke Indonesia, yang menawarkan Pengalaman alam semula jadi dan pengembaraan yang terbanyak. Ubud menempatkan Pengalaman Airbnb alam semula jadi, gunung berapi dan berjalan kaki yang paling banyak di seluruh dunia, di mana tetamu boleh meneroka sawah padi dengan Guru petani tempatan dan berkhemah semalaman di hutan dengan wartawan perjalanan Nalom. Pantai berpasir lembut dan berombak kecil Denpasar menjadikannya tempat yang sempurna untuk Pengalaman meluncur di seluruh dunia.
Perjalanan melalui Masa adalah "En Vogue”
Apabila pengembara meneroka penginapan baru pada tahun 2020, keinginan untuk menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan merupakan cara kegemaran untuk mengenali destinasi dan ianya mendapat perhatian hos-hos kami.. Pengalaman Bersejarah telah meningkat 271% dalam bekalan sepanjang tahun lepas8; dan tempahan meningkat 116 peratus di seluruh dunia pada tahun 2020, dengan minat yang terutamanya di kalangan Gen Z (meningkat 176%) dan millennials (meningkat 118%).4
Keingintahuan tetamu bukan sahaja dibangkitkan untuk mempelajari tentang masa lampau, tetapi untuk tinggal di dalamnya juga. Penginapan di Airbnb yang menampilkan kata kunci bersejarah dalam tajuk mereka (iaitu bersejarah, era, WWI, dll.) telah ditempah lebih daripada 50,000 kali tahun ini!9
Malaysia adalah negara yang penuh dengan sejarah dan faktor ini menjadikannya keutamaan pengembara. Dari Chinatown ke Pasar Sentral ke Little India dan Taman Botani, lawatan berjalan kaki Kuala Lumpur memberi pengembara peluang untuk melawati kuil-kuil dan bangunan bersejarah.
Keluar dari Jaringan Hubungan: Putuskan Hubungan untuk Berhubung Semula
Keinginan untuk mengenali diri sendiri akan menjadi lebih popular pada tahun 2020 dengan ramai pengembara memperlahankan dan memusatkan fikiran dan semangat mereka semasa mengembara. Malah, ramai yang ingin melakukannya bersendirian -- tempahan tetamu tunggal meningkat 79% pada tahun ini di Airbnb.10
“Hiking” telah menjadi semakin popular sebagai aktiviti hujung minggu atau cuti, terutamanya di kalangan pelancong yang ingin lari daripada kehidupan bandar yang sibuk dan menjaga kecergasan, sambil meluangkan masa berkualiti dengan orang tersayang. Malah, Pengalaman Sukan kini merupakan salah satu kategori Pengalaman teratas lima Airbnb yang ditempah oleh pelancong di seluruh dunia kerana tempahan meningkat sebanyak 380% dari tahun lepas.
Berikut ialah destinasi teratas yang akan membantu anda berehat tahun ini:
● Penang, Malaysia: Hike in the jungle around Kerachut Beach
● Kuala Lumpur, Malaysia: Hidden Gems of Kuala Lumpur
● Air Itam, Malaysia: Scenic City View Night Hike
● Kuala Lumpur, Malaysia: Native Life and Waterfall Adventure
Memakan Makanan Sedar Persekitaran: Tempahan Pengalaman Vegan meningkat ke 579%, Membuat pastri meningkat ke 155%
Apabila dunia menjadi lebih sedar tentang tabiat dietnya, Pengalaman makanan yang lebih berasaskan tumbuhan, dengan Pengalaman menawarkan pilihan vegan meningkat ke 579 peratus pada tahun 2019 berbanding 2018.6
Dengan pelancaran Pengalaman Memasak tahun lalu, tetamu juga lebih cenderung untuk mempelajari membuat juadah karbohidrat mereka sendiri, dengan Pengalaman termasuk membuat pastri (meningkat ke 155%), pembuatan ladu (meningkat ke 124%) dan pasta (meningkat ke 88%) melonjak dalam tempahan tahun ini7.
Malaysia menawarkan pelbagai Pengalaman Memasak untuk belajar cara memasak vegan burgers dan vegan pandan chicken.
Secara keseluruhan, makanan masih merupakan salah satu motivasi terbesar dalam perjalanan dan menghubungkan orang ramai ke tempat baharu -- Pengalaman Makanan dan Minuman kekal menjadi kategori yang paling banyak ditempah oleh pengembara asing ke negara baharu.
Comments
Post a Comment