MAGGI® CUKUPRASA LANCAR KEMPEN #TAKKENALTAKCINTA



MAGGI® CukupRasaTM  meraikan golongan wanita di Malaysia serta keupayaan dan keberanian mereka memikul pelbagai tanggungjawab sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. 

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, kempen Tak Kenal Tak Cinta MAGGI® CukupRasaTM  berterusan ke tahun kedua dengan tujuan yang komited untuk memberi inspirasi, menggalakkan dan memperkasakan wanita dari semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia untuk membina keyakinan diri demi mengejar impian dan aspirasi. 

“Menggalakkan wanita membina keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru merupakan tunjang sebenar kempen ini,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad. “Nestlé adalah penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman yang sememangnya diterapkan dalam budaya dinamik kami setiap hari. Melalui kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ ini, kami yakin bahawa golongan wanita Malaysia sedar mereka mendapat sokongan untuk memulakan cabaran baru, serta mencapai matlamat mereka - sama ada dari segi kerjayanya atau menghasilkan hidangan yang lazat di rumah." 

Tambah Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Bisnes, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Di MAGGI®, kami percaya anda berpeluang untuk membuat perubahan yang positif setiap kali anda memasak, tidak kira sama ada untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, bahkan masyarakat. Kami kekal dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan (You and MAGGI®, Cook the Difference), dan kami teruja untuk memasuki fasa seterusnya dengan menggalakkan pengguna kami menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu di luar dari zon selesa mereka, sama ada dari segi masakan atau kehidupannya secara umum.” 

Kisah Benar ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ sebagai Landas Pelancaran 

Sebagai langkah seterusnya, kami menggunakan peluang ini untuk berkongsi kisah benar supaya golongan wanita dapat menginspirasikan diri antara satu sama lain dan berani mengambil langkah untuk cuba sesuatu yang baru.” Kisah ‘Wanita Cukup Berani’ adalah satu siri kisah benar yang mewakili intipati “Tak Kenal, Tak Cinta”. 

“Kami terharu dapat mengenali golongan wanita yang berinspirasi dan berilmu dari pelbagai lapisan kehidupan, berkongsi pengalaman mereka yang belum cuba belum tahu. Melalui platform ini, kami berharap kisah mereka dapat memberikan impak yang positif, dan menggalakkan wanita lain untuk mengambil langkah yang berani ke hadapan untuk mencuba sesuatu yang berbeza, demi mengukir mimpi mereka sendiri,” jelas Geetha. 

Video kempen Tak Kenal, Tak Cinta menampilkan Datin Paduka Eina Azman, duta jenama MAGGI® CukupRasaTM  bersama tiga wanita Malaysia yang berinspirasi; mereka adalah Anne Idris, Nadeera Ismail, dan Norjiah Jeeffrey. Mereka semua dapat mengatasi cabaran dengan keberanian mereka untuk mencuba sesuatu yang baru atau berbeza, di mana memberikan hasil yang positif dalam kehidupan mereka. Saksikan video di sini

Anne Idris merupakan usahawan yang berjaya dengan memiliki bakeri yang dikenali sebagai My Mum's Bakery, manakala Nadeera Ismail memulakan kerjayanya sebagai artis solek sejak enam tahun lalu yang menawarkan perkhidmatannya kepada selebriti dan untuk majlis perkahwinan. Norjiah Jeffery pula merupakan seorang pemandu forklift wanita yang pertama di Nestle, yang telah memecah stereotaip dan amat berjaya dalam kerjayanya. 

Video Tak Kenal, Tak Cinta – ‘Wanita Cukup Berani’ merupakan bukti bahawa usaha untuk mencuba adalah perjalanan yang sungguh memuaskan, meskipun ianya tiada berpenghujung. 

Meningkatkan Kemahiran Lebih Mudah bersama Google 

MAGGI® juga telah bekerjasama dengan ‘Women Will’, sebuah program Grow with Google, yang melancarkan inisiatif di seluruh negara untuk menyokong peningkatan keyakinan dan kemahiran keusahawanan wanita di seluruh Malaysia. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan peluang ekonomi bagi golongan wanita untuk berkembang dan berjaya dalam hidup – dengan memperkenalkan mereka kepada teknologi yang dapat meningkatkan keupayaan mereka sehingga mencipta perbezaan positif secara keseluruhan dalam kehidupan individu mereka. 

Tambah Geetha, “Matlamat kolaborasi ini benar-benar memperluaskan penguasaan Tak Kenal, Tak Cinta di mana wanita dapat belajar dan bertanya soalan dalam suasana berkomuniti. Terdapat juga kelas memasak yang dianjurkan bukan sahaja menjadikan kita berdikari dan bijak, namun juga membantu mengembangkan keyakinan- baik di dalam atau luar dari dapur.” 

“Kami berhasrat untuk membantu wanita Malaysia memanfaatkan teknologi secara sepenuhnya untuk membina kemahiran, mendapat inspirasi, dan saling berhubungan melalui Women Will. Sama ada anda seorang ahli perniagaan, usahawan masih mencari perkerjaan mahupun suri rumahtangga, kami mempunyai sesuatu yang sesuai untuk anda di program ini,” kata Marc Woo, Ketua Google Malaysia di Singapura. 


Siri bengkel kemahiran ini akan menawarkan empat modul yang bermanfaat dari segi membangunkan keyakinan, membina kemahiran insani, memulakan perniagaan sendiri, serta memasak makanan yang lazat dan seimbang.

Bengkel ini akan diadakan di tiga lokasi yang berbeza sepanjang tahun ini, bermula di Kota Bahru pada 15 Julai, Pulau Pinang pada 18 Ogos, dan berakhir di Kota Kinabalu pada 20 September 2020. Untuk maklumat lanjut tentang bengkel sila layari https://www.maggi.com.my/ms/takkenaltakcinta (laman akan LIVE pada 16 Mac).

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI