VOLKSWAGEN & TARIK JEANS LANCAR KOLEKSI ‘MODERN NOSTALGIA’



Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalin kerjasama dengan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusif. Koleksi itu dilancarkan hari ini dan sudah boleh dibeli. 


Koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama tersebut. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan. Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaian. 


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter nyata teruja kerana dapat berkolaborasi dengan Tarik Jeans untuk inisiatif ini. “Tunjang utama Volkswagen adalah kelestarian. Kumpulan Volkswagen telah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia. Kami berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini. Sudah pasti, kami tidak akan berhenti di sini dan terus mencari jalan untuk menyumbang ke arah perubahan yang lebih baik. 


“Malayan Tapir merupakan spesis terancam di sini, selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orangutan. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok,” katanya. 


Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar, “Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik. Jadi ia telah ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) – kedua-duanya dicipta selari dengan falsafah jenama kami. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama automotif yang inovatif seperti Volkswagen. 


“Sebagai satu kapsul koleksi, ‘Modern Nostalgia’ banyak berkisar tentang model-model Volkswagen dan kecenderungan Tarik terhadap skim rekaan retro-futurism Malaysia.” 


Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan. 


Malayan tapir merupakan satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri. Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah membuatkan jumlahnya semakin berkurangan. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal. 

Koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di:
· Semua penjual barangan Volkswagen (barangan terpilih sahaja) 

Hashtag 
#VWTarikModernNostalgia 
#VWTarikSaveTheTapir

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI