KOLABORASI 4 FIGURA MUZIK DALAM ‘X MISSING YOU’



Beberapa minggu lalu, penggemar muzik tanahair menjadi teruja apabila penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mengacah peminat menerusi laman sosial medianya yang memberi bayangan bahawa beliau akan muncul dengan karya terbaharu tidak lama lagi.

Lebih menarik lagi, apabila penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah turut memuat naik video dengan petikan lagu yang serupa di laman sosial medianya. Sekaligus menguatkan lagi tekaan peminat bahawa penantian mereka yang menantikan karya kolaborasi antara kedua penyanyi itu akhirnya terlaksana.

Bermula 28 Februari 2020, industri muzik tempatan akan digegarkan dengan single terbaharu ‘X Missing You’ yang bukan sahaja menampilkan Faizal dan Dayang sebagai tarikan utama, malah turut diserikan dengan penampilan Tuju dari kumpulan Hip Hop terkenal K-Clique dan Yonnyboii.

Lagu terbitan Faithful Music ini merupakan suatu projek khas yang menampilkan kolaborasi antara empat figura muzik yang masing-masing mempunyai gaya dan hala tuju muzik sendiri.

‘X Missing You’ merupakan ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii. Lagu yang bertunjangkan melodi ‘catchy’ yang didendangkan oleh gemersik suara Dayang dan Faizal, dikuatkan lagi dengan lontaran bait-bait kata Yonnyboii dan Tuju dengan gaya tersendiri.

Lagu yang digarap dengan susunan muzik bercitarasa moden dan kontemporari setanding lagu terbitan antarabangsa ini, bakal mengulangi lagi kejayaan Faizal dan pasukan produksi rakamannya dalam menghasilkan suatu sajian muzik yang berbeza daripada karya yang berada di pasaran muzik tempatan masa kini.

‘X Missing You’ diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 FEBRUARI 2020.


Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS