ZAYAN CUNGKIL KEBOLEHAN WANITA BERHIJAB DALAM E-SPORTS



ZAYAN meraikan Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day) dengan “E-Sports Hijabis bersama ZAYAN dan Konistra" yang memberi galakan kepada wanita Muslim berhijab untuk menceburi bidang e-sports dan untuk memberi lebih keyakinan kepada semua bahawa berhijab bukanlah satu penghalang untuk mereka.

Seramai 460 peserta dari seluruh Malaysia, Singapura dan Filipina bertarung untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000. Terdapat enam jenis permainan yang dipertandingkan iaitu Mobile Legends, PUBG Mobile, DOTA2, TEKKEN7, FIFA dan PES. 

Selain Lin Ariffin, personaliti ZAYAN, selebriti-selebriti hijabis yang turut sama hadir memeriahkan acara adalah Amira Othman, Muna Shahirah dan Wani Syaz.

E-Sports Hijabis bersama ZAYAN dan Konistra merupakan permainan e-sports hijabis pertama anjuran ZAYAN dan Konistra, sebuah pertubuhan di bawah Universiti Malaya.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.zayan.my atau ikuti ZAYAN di media sosial.


Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN